CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3977|Reply: 0

[Kedah] Dua lelaki gagal seludup 10.5 kg syabu ke Indonesia

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Dadah jenis syabu yang ditemui di dalam ruang simpanan sebuah bot nelayan di Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani pada Rabu lalu.

ALOR SETAR – Cubaan dua lelaki menyeludup keluar 10.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu ke negara jiran dipercayai Indonesia menggunakan bot nelayan gagal apabila kegiatan mereka dipatahkan kastam pada Rabu lalu.

Bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang didapati menuju ke arah laut besar dari muara sungai Pasar Bisik di Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani dipintas anggota kastam Penguatkuasaan Marin Tanjung Dawai kira-kira pukul 10.20 malam.

Pengarah Kastam negeri, Nor Izah Abd Latiff berkata, bertindak atas maklumat berkenaan aktiviti penyeludupan dadah, sepasukan anggota kastam membuat pemantauan dan risikan di sekitar kawasan Kota Kuala Muda.

“Seterusnya kira-kira pukul 6.30 petang, Rabu lalu pasukan mengesan sebuah bot nelayan jenis fiber tanpa nombor pendaftaran di muara sungai Pasar Bisik.

“Selepas menunggu hampir empat jam, bot tersebut didatangi dua lelaki mencurigakan yang kemudian memandu bot ke arah laut besar sebelum pasukan serbuan bertindak memintas bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dua suspek terbabit bagaimanapun bertindak terjun ke muara sungai setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan menghilangkan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot itu, pasukan menjumpai 10 bungkusan berwarna coklat disyaki dadah jenis syabu yang diletakkan di dalam sebuah beg dan disembunyikan di ruang simpanan bot.

“Syabu yang ditemui adalah seberat kira-kira 10.5 kg dan dianggarkan bernilai RM347,000. Kita turut menyita bot berserta dua enjin Yamaha 250 kuasa kuda dengan nilai dianggarkan RM225,000,” ujarnya.

Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan diteruskan bagi mengesan pemilik bot berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... syabu-ke-indonesia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051834 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list