CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4998|Reply: 0

[Kedah] Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000

[Copy link]
Post time 25-3-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Alor Setar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 10.5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM347,000 di Kota Kuala Muda, Rabu lepas.

Pengarahnya, Nor Izah Abd Latiff berkata, sepasukan anggota Penguatkuasaan Marin Tanjung Dawai, Sungai Petani membuat pemantauan dan risikan di sekitar kawasan berkenaan sebelum mengesan sebuah bot mencurigakan pada 6.30 petang.

"Pasukan mengesan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran di muara Sungai Pasar Bisik, Kota Kuala Muda dan kira-kira empat jam kemudian dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan datang dan memgemudi bot itu ke arah laut.

"Pasukan serbuan bertindak memintas bot berkenaan, bagaimanapun suspek yang menyedari kehadiran anggota penguat kuasa terjun ke dalam muara sungai sebelum menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, menemukan 10 bungkusan berwarna coklat di dalam sebuah beg yang disembunyikan di ruang simpanan bot, disyaki dadah jenis syabu.

"Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia. Sindiket ini beroperasi pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, dadah berkenaan dipercayai untuk edaran di negara jiran bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda dan rampasan ini berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 100,000 penagih.

Nor Izah berkata, walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan diteruskan bagi mengesan pemilik bot berkenaan.

Justeru, orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-8855 atau ke Pejabat Kastam berdekatan.



Disiarkan pada: Mac 25, 2024 @ 8:31am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list