View: 6341|Reply: 23
|
[Tempatan]
PMX, Anwar Ibrahim, minta Rafizi Ramli perjelas isu daftar PADU pada kabinet
[Copy link]
|
|
PM minta Rafizi perjelas isu daftar Padu pada kabinet
https://www.malaysiakini.com/news/700463
Diterbitkan: Mar 23, 2024 9:28 PM
Dikemaskini: 9:28 PM
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.
"Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.
"Sehubungan itu, Menteri Ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kerajaan Negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini Padu di negeri itu ditangguhkan.
Perdana Menteri ditemui pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan hari ini, yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (gambar bawah).
Media hari ini melaporkan Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak minggu depan bagi membincangkan isu pendaftaran Padu.
Rafizi berkata arahan penanguhan pendaftaran Padu itu adalah bagi membolehkan Sarawak memperoleh penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat Kabinet negeri.
Mengulas permintaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya telah meluluskan insentif RM2,000 kepada penjawat awam sebelum ini.
"Kita baru lulus RM2,000 pada tahun lepas, kemudian dalam beberapa bulan (nanti) kita akan luluskan skim persaraan (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) untuk naikkan gaji, jadi kita kena lihat konteks itu," katanya.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini memohon agar tradisi bantuan khas perayaan yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lepas dikekalkan.
- Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak komen i nampak pigmentation 50sen kat pipi dia. k bai |
|
|
|
|
|
|
|
spot on!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
aik masa pelancaran tu idok ke diexplain pebende padu madu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
tukar jela nama PADU tu... jadi PODAH ! |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 25-3-2024 09:05 AM
nak komen i nampak pigmentation 50sen kat pipi dia. k bai
Iols pun ada pigmentasi sama kat pipi kiri |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 25-3-2024 11:47 AM
aik masa pelancaran tu idok ke diexplain pebende padu madu ni
Kannnn.. lancar dulu baru bincang ke apa? Patut benda2 nk explain semua ni dh kena buat sebelum launching dulu lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
which company yg develop the system? related to piji formula ke? or related to pmx? berapa jumlah kontrak? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tu.. dia.. dia.. Dia ada consultant company. Company dia bagi advise tentang malaysian demographic and of course it relates to business.. |
|
|
|
|
|
|
|
khennnnnn
sebelum pilihanraya dok sebok data
lepas menang pilihanraya sebok data
dah jadi menteri berterusan sebok data
nanti data dah ada dia nak buat apa?
tengok statement dia, dia kata dgn data boleh membantu algo utk bagi bantuan.
aku tak paham kenapa nak berdasarkan algo sedangkan bantuan sepatutnya berdasar\kan penanda aras,
ke acaner ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayar dulu hutang...baru bincang(tingat kata2 titik perpuluhan) |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-3-2024 11:54 AM
Iols pun ada pigmentasi sama kat pipi kiri
Sunspot tu..kawan i buang pakai laser ke hapetah...mula2 jadi berkuping benda tu...bila kuping tu kering and tercabut..hilang dh pigmentation tu..elok licin dh muka sheols skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan jutawan nak isi padu. Kantoi la semua aset2 milion2 yg dia ada dgn hutang milion2 yg dia ada jgk. Kesimpulan, padu sampah |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 25-3-2024 11:47 AM
aik masa pelancaran tu idok ke diexplain pebende padu madu ni
Ptt ms proposal lg dibentang....haha... |
|
|
|
|
|
|
|
Mr Formula not so bright. Pastu dijualnya info oranf kat scammer sepet rata2 geng dap. |
|
|
|
|
|
|
|
Pening kepala aq,mmula kata kena daftar,pastu kata automatik dh daftar cuma perlu kemaskini je lepas tu pulak kata kalo x daftar mereka akan kemaskini ikut maklumat dari jabatan2 lain pulak...dh tu kenapa x ambik je information tu in d first place???dh la kemain detail dia tanya semua aset la,account bank la,perbelanjaan keluarga la...ntah apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 25-3-2024 09:06 PM
Pening kepala aq,mmula kata kena daftar,pastu kata automatik dh daftar cuma perlu kemaskini je lepas ...
Alaa.. tektik sama mcm vaksin la.. x cucuk, xblh rentas negeri, xblh dine in.. hujung2 semua blh. Ni ada aje berita nk paksa rakyat isi padu. Apa la agenda diorg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
data² ni dinamik. akan ada kemas kini atau pendaftaran baru. takkan la end of dateline dah tak boleh buat apa² khennn. takkan la tutup terus pendaftaran.. klu tunggu dan lihat pon, next year takkan tak boleh daftar dahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ingat lagi yg Rafizi ni ada buat data collection time PRU13/14 dulu under company dia Invoke. Aku suspect data kat Padu ni link ke Invoke utk buat strategi PRU akan datang dan jugak any analytics psl org Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
aku register semalam.
tghari tadi lengkap kyc padu, dpt pengesahan.
petang, dan2 dapat panggilan dari nombor ni.
automated system tanyya aku ni mengundi di batu pahat ke tidak.
kapla jubs la padu. madapak punya data int4egrity. kapla bana kau bernanah lah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|