CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9938|Reply: 0

[Sarawak] Bekas majikan tindas Marlia selama 17 tahun perlu bayar pampasan, harus dikenakan tindakan sebagai pengajaran

[Copy link]
Post time 25-3-2024 06:03 AM | Show all posts |Read mode


Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono. - Foto Ghazali Bujang

KUCHING: Pembantu rumah Indonesia bernama Marlia yang diekploitasi bekas majikan perlu dibayar pampasan selain harus dikenakan tindakan terhadap bekas majikannya itu agar dijadikan pengajaran.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono, berkata pihaknya memberi keutamaan kepada kes tersebut kerana memberi pelindungan kepada warga Indonesia merupakan tanggungjawab Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching.

Malah katanya, Marlia diekploitasi oleh majikannya dengan tidak dibayar gaji selama 17 tahun bekerja dengan bekas majikannya itu sejak Marlia masih di bawah umur ketika itu.

“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menangani kes ini seperti yang disampaikan sendiri oleh pengarah.

“Dan kami berharap kes ini diselesaikan dengan sebaik-baiknya yang memenuhi unsur atau aspek kemanusiaan dan keadilan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa bersama rakyat Indonesia di Konsulat Jeneral Indonesia di sini, semalam.

Raden berkata, beliau berharap agar kes ini dapat diselesaikan kerana Marlia yang kini ditempatkan di Rumah Pelindungan Wanita, Kota Kinabalu, ingin pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya.

“Dia ingin cepat berjumpa dengan keluarganya dan kita sudah melakukan koordinasi secara panggilan video Zoom bersama keluarganya.

“Sekarang setiap minggu, dia diberikan kesempatan untuk berhubung dengan keluarganya di Rumah Pelindungan Wanita,” ujarnya.

Bagaimanapun, pihaknya ingin memastikan Marlia dibayar pampasan gaji yang tidak dibayar oleh bekas majikan selama dia bekerja dengan mereka.

“Ini akan menjadi perhatian utamanya dan keinginan utama Marlia, kita ingin ini dipenuhi sepenuhnya.

“Bagi majikan pula, sebagai pengajaran, kita ingin ada hukuman yang setimpal bagi majikan kerana selama 17 tahun mereka tidak memberi akses kepada Marlia sama sekali,” katanya.

Tahun lalu, Marlia diselamatkan oleh anak majikannya yang dijaganya sejak umur empat tahun yang membantunya melarikan diri dari rumah ibunya.

Perkara itu terbongkar selepas Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching menerima maklumat daripada Ketua Kampung Semanga di Sambas, Kalimantan Barat, yang menyerahkan laporan daripada seorang penduduk bernama Wirdan.

Wirdan melaporkan bahawa anaknya, yang dikenali sebagai Marlia, telah pergi ke Malaysia sejak 2004 dan kini menetap di Bintulu selepas berjaya melarikan diri dari rumah majikannya.

Raden dalam kenyataanya sebelum ini berkata, pada 12 Jun lalu, pasukan pelindungan Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching berjaya mengesan keberadaan Marlia, yang tinggal di kediaman seorang penduduk tempatan yang membantu mencari maklumat tentang keluarganya.

“Kami dimaklumkan bahawa anak majikan Marlia yang kini berada di Taiwan menyarankannya agar melarikan diri ke rumah jiran kerana kasihan dengannya,” katanya.

Raden berkata berdasarkan maklumat daripada anak majikan Marlia yang kini berusia dalam lingkungan 21 tahun, Marlia mula bekerja di rumahnya sejak 2006 iaitu ketika dia berumur empat tahun.

Namun, katanya, dalam seumur hidup wanita itu bekerja, dia telah dieksploitasikan oleh majikan, seorang guru yang kini sudah bersara.

“Dari seawal jam 4 pagi hingga 11 malam setiap hari, dia memasak tiga kali sehari, menjaga tiga anaknya, membersihkan rumah dan melakukan pelbagai lagi kerja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dalam pertemuannya dengan Marlia, wanita berusia 32 tahun itu mengaku meninggalkan kampung halamannya di Sambas dan memasuki Malaysia sejak 2004 dengan bantuan seorang ejen yang menjanjikan kerja di kedai makan tanpa menyatakan jumlah gaji yang akan diterimanya.

Selepas itu, katanya, Marlia kemudian diserahkan kepada ejen Malaysia di kawasan Sarikei dan bekerja di sebuah kedai kopi di Bintulu selama lebih setahun.

Beliau menambah, Marlia seterusnya ditukarkan kerja oleh ejen untuk bekerja sebagai pembantu rumah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078272 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list