CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9904|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Volunteers ubah suai sekolah pedalaman, cipta pusat sumber tarik minat anak belajar

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:58 AM | Show all posts |Read mode


BERBAKTI... Barisan Sarawak Volunteers merakam kenangan bersama kanak-kanak sekolah Abun Matu serta wakil sekolah.

BELAGA: Kumpulan Sukarelawan Komuniti Sarawak, atau Sarawak Volunteers, berhasil memperbaharui pusat sumber sekolah Abun Matu menerusi program “Mansang Anak Sarawak Zon Bintulu – Misi Tuyang” yang bermula pada 14 Mac lalu.

Ketua Projek, Frank Erly Roma, berkata Sarawak Volunteers sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat korporat dan swasta serta menyumbang bakti kepada komuniti setempat.

“Projek sukarelawan yang melibatkan pelajar atau remaja perlu diperluaskan ke seluruh Sarawak.

“Lebih-lebih lagi sekarang Sarawak mula menerima pelaburan atau kemasukan syarikat multinasional, seharusnya digalak untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama NGO tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai program itu, beliau percaya ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat bacaan dan ruang akses yang lebih kondusif kepada murid sekolah berkenaan.

Antara kerja renovasi yang telah dilaksanakan, katanya, adalah mengecat, menyusun semula rak buku, mewujudkan ruang interaktif, menambah ruang televisyen baharu, serta meningkatkan estetika keseluruhan pusat sumber.

“Melalui kerja keras yang dilaksanakan oleh Sarawak Volunteers, sudah pasti harapan kita adalah untuk menyediakan tempat selesa yang mampu menginspirasikan serta menggalakkan cinta mereka kepada membaca dan belajar,” katanya.

Selain kerja renovasi, Sarawak Volunteers turut menyumbangkan set alat tulis dan beg sekolah kepada 55 pelajar asrama sekolah.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Belaga, Lenny Jimbai, menyuarakan harapan agar Sarawak Volunteers dapat meneruskan aktiviti sedemikian di kawasan pedalaman lain.


https://suarasarawak.my/sarawak-volunteers-ubah-suai-sekolah-pedalaman-cipta-pusat-sumber-tarik-minat-anak-belajar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052812 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list