CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9975|Reply: 0

[Sarawak] SUKMA XXI 2024: Satu kerugian bagi Sarawak sekiranya acara futsal wanita digugurkan

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:57 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyifatkannya sebagai satu kerugian bagi Sarawak sekiranya acara futsal wanita digugurkan daripada dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Ia berikutan penyertaan yang diterima setakat ini tidak mencukupi kuota bagi sekurang-kurangnya enam negeri.

“Memang sedih sekiranya acara futsal wanita bakal digugurkan daripada dipertandingkan kelak ekoran kuota enam negeri yang tidak mencukupi setakat ini.

“Dalam keadaan kita (Sarawak) sudah mempunyai pasukan untuk dipertaruhkan pada temasya kali ini,” ujar Abdul Karim ketika diminta mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Karim, seperti mana diketahui umum, apabila sesuatu acara sukan yang tersenarai tidak memenuhi kuota bagi sekurang-kurangnya enam penyertaan, ia terpaksa dibatalkan.

Justeru, beliau amat berharap semua negeri dapat menghantar penyertaan bagi setiap acara sukan yang dipertandingkan pada SUKMA XXI 2024.

Karim tidak mahu masalah sama berulang sebagai mana berlaku di temasya SUKMA XX Kuala Lumpur yang menyaksikan acara terjun terpaksa digugurkan kerana tidak cukup penyertaan.

Walaupun demikian, beliau faham untuk menghantar pasukan bagi acara seperti futsal memerlukan kos yang besar bagi sesebuah negeri.

Lagi pula, sekiranya sesebuah negeri terbabit tidak melihat potensi bagi mereka untuk mendapatkan sebarang pingat, ia mungkin salah satu faktor bagi negeri itu untuk tidak menghantar pasukan bagi acara tersebut.

Setakat 9 Mac lalu, hanya empat negeri iaitu Sarawak, Sabah, Selangor dan Terengganu, sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam acara futsal wanita.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list