CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10211|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak intai pesawat ARJ21 untuk MASwings

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:40 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pada Khamis lepas, portal ch-aviation.com melaporkan Kerajaan Negeri Sarawak mengintai pesawat ARJ21-700 sebagai tambahan pesawat yang berpotensi bagi MASwings, yang hendak dibeli kerajaan daripada Malaysia Aviation Group untuk dijadikan syarikat penerbangan Sarawak.

Menurut portal tersebut, akhbar The Edge Malaysia melaporkan tentang sokongan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, kepada kemungkinan itu di satu jerayawara serantau oleh COMAC yang menyaksikan pesawat ARJ21 terbang ke Kuching pada 13 Mac lepas.

Lee berkata, jenis pesawat itu sejajar dengan rancangan kerajaan yang ingin menawarkan penerbangan kos rendah antara kota-kota di rantau ini bagi rakyat Sarawak.

“Pesawat ini sangat selesa, ia boleh disusun atur semula untuk menampung pelbagai jenis model perniagaan,” katanya.

Turut berada di Kuching pada hari itu adalah Konsul Jeneral China, Xing Wei Ping, Naib Presiden Pemasaran COMAC, Liu Yan, Ketua Pegawai Eksekutif Hee Group, Sherman Hooi Foat, dan berapa ahli politik negeri.

Portal ch-aviation.com telah melaporkan tentang usaha kerajaan Sarawak untuk mewujudkan sebuah syarikat penerbangan penumpang tempatan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak mendapati operator sedia ada di Kuching, termasuk AirAsia, Batik Air Malaysia, Firefly, Malaysia Airlines, SKS Airways, MASwings, Scoot, Royal Brunei Airlines, dan Indonesia AirAsia, tidak memenuhi keperluan populasi tempatan secukupnya.

Kerajaan pada mulanya merancang untuk bergantung kepada syarikat penerbangan awam tempatan, Hornbill Skyways, bagi mengendalikan syarikat pemula yang dicadangkan sebelum tumpuan dialihkan kepada MASwings dan memujuk Kerajaan Malaysia untuk memindahkan pemilikannya.

Bagaimanapun, Lee menegaskan Kerajaan Sarawak akan menjalankan kajian dan penilaian yang teliti terlebih dahulu ke atas pilihan yang ada sebelum memberikan komitmen kepada sebarang jenis pesawat.

COMAC telah mempertingkatkan pemasarannya di Asia Tenggara, termasuk menonjolkan diri di Singapore Air Show baru-baru ini dan mengendalikan penerbangan demonstrasi C919 di sana.

Pesawat ARJ21 yang datang ke Kuching, B-3322 (msn105), turut dipamerkan di Singapura, dan sejak itu sudah singgah di beberapa lapangan terbang di Vietnam dan Kemboja sebelum ia diterbangkan ke Sarawak menerusi Subang di Kuala Lumpur.

Sejak itu, ia sudah dikembalikan ke Shanghai Pudong di China.

Menurut maklumat dalam portal simpleflying.com, harga senarai ARJ21-700 adalah sekitar AS$38 juta (RM180 juta).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.083425 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list