CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9602|Reply: 0

[Sarawak] GWM perkenal ORA 07, kereta EV dilengkapi teknologi terkini

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:31 AM | Show all posts |Read mode


Ketua Jualan YLH Autoworld Sdn Bhd Ng Chee (dua kiri) dan Hong (tiga kiri) bersama kakitangan merakamkan kenangan dengan kereta GWM ORA 07.

KUCHING: Great Wall Motor Malaysia (GWM) memperkenalkan GWM ORA 07 iaitu sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan teknologi terkini sekali gus memberi keseronokan pemanduan kepada pengendalinya.

ORA 07 telah diprotonton kepada media di YLH Autoworld Sdn Bhd, Kuching hari ini sebelum ia dilancarkan pada April depan.

Bercakap kepada media, Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau menyerlahkan ciri unik ORA 07 yang turut menarik persamaan dengan Porsche Panamera ikonik dengan reka bentuknya yang menakjubkan.

"Coupe elektrik anggun ini akan dilancarkan bulan depan dan ia tidak akan dijual pada harga mahal, ia berharga kurang daripada RM200,000.

"Kami teruja menanti ORA 07 dibuka untuk tontonan umum tidak lama lagi dan menganjurkan acara pandu uji untuk kenderaan elektrik ini," katanya.

Sedan elegan ini memberi gambaran awal daripada barisan produk bercita-cita tinggi GWM untuk 2024 yang akan diikuti dengan pelancaran GWM Haval H6 HEV pada suku kedua dan GWM Tank 300 pada suku ketiga tahun yang sama.


Bahagian hadapan GWM ORA 07 yang pastinya memukau ramai apabila dipertontonkan kepada umum pada bulan depan.

EV ini merupakan sebuah coupe elektrik yang diperkemas, menawan hati dengan bentuknya yang dinamik dan elegan.

Reka bentuk ialah gabungan harmoni retro dan moden, dengan gril tertutup dan lampu hadapan berbentuk bujur yang menimbulkan rasa nostalgia sambil meletakkan kenderaan ini pada masa hadapan.

Selain itu, reka bentuk yang menakjubkan ORA 07 sekali gus mengingatkan pemilik terhadap kereta 'fastback,' mempunyai pemegang pintu tersembunyi, pintu tanpa bingkai dan 'spoiler' elektrik adaptif.

Berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,500 mm tinggi, kenderaan ini memberikan pendirian yang mengagumkan.

Mempunyai dalaman mewah, kokpitnya ibarat 'supercar' dihiasi dengan kulit premium, konsol tengah berongga berbentuk T dengan panel berputar, tempat duduk ergonomik dengan ciri urutan (pemandu dan penumpang hadapan) dan set penanda aras baharu untuk kecanggihan.

Papan pemuka tiga yang 'sporty' melengkapkan pelbagai fungsi stereng, menawarkan kawalan pemanduan yang tiada tandingan.

Bahagian dalaman GWM ORA 07 yang mewah dilengkapi dengan bumbung matahari panoramik gaya kubah dan sistem penyaman udara pintar yang memberikan aliran tiga dimensi, memastikan keselesaan dalam setiap perjalanan.

Reka bentuk ruang dalaman yang minimalis mewujudkan suasana yang halus, mewah dan 'sporty.'

Tersedia dalam warna kelabu, ungu dan putih yang canggih, GWM ORA 07 dikuasakan oleh bateri 'litium ternary' 83.499 kwj terkini yang berprestasi terbaik.
Dua varian yang ditawarkan di mana varian jarak jauh menawarkan jarak 640km, memberikan kuasa 150 kw (204 PS), tork 340 N.m, manakala model prestasi dengan 300 kW (408 PS) dan 680 N.m tork, dengan jarak sehingga 550km.

GWM ORA 07 bukan hanya menetapkan standard baharu dalam reka bentuk dan teknologi EV, tetapi juga berpotensi besar dalam mendefinisikan semula pengalaman pemanduan elektrik di Malaysia.

Dengan reka bentuk yang inovatif dan prestasi yang mengesankan, GWM ORA 07 siap sedia menjadi pelopor dalam evolusi mobiliti elektrik, menjanjikan pengalaman memandu yang luar biasa bagi pengguna di Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.071057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list