CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9395|Reply: 0

[Sarawak] Shell LiveWIRE Malaysia kembali lagi, usahawan dipelawa turut serta

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:29 AM | Show all posts |Read mode


Para usahawan dipelawa menyertai program Shell LiveWIRE Malaysia, inisiatif untuk mengembangkan perniagaan dalam kalangan usahawan baharu.

KUCHING: Shell LiveWIRE Malaysia kembali lagi tahun ini dan menyeru semua usahawan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif menarik yang boleh menjadi titik perubahan untuk usahawan baharu.

Ditubuhkan pada 2015, Shell LiveWIRE Malaysia melibatkan usahawan yang komited ke arah memulakan dan mengembangkan idea perniagaan mereka.

Menurut kenyataan Shell hari ini, program berkenaan membawa usahawan melalui satu siri bengkel yang akan membantu mereka menjana atau meningkatkan idea perniagaan, menguji model perniagaan dan mempersiapkan mereka untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya.

Katanya, menjelang akhir program, para peserta akan mengambil bahagian dalam bengkel ‘pitching’ dan pertandingan yang bertujuan untuk melatih mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Shell sedang mencari usahawan yang idea-ideanya akan menjana kehidupan dalam tiga aspek iaitu kelestarian alam sekitar, impak sosial dan inovasi perniagaan.
“Program Shell LiveWIRE Malaysia akan dijalankan di Kuching, Kota Kinabalu dan Lembah Klang,” katanya.

Lima pemenang dari setiap negeri akan menerima geran pemula sebanyak RM10,000.

Lima pemenang dari setiap negeri ini kemudiannya akan bersaing di peringkat kebangsaan, di mana lima pemenang di peringkat kebangsaan akan berpeluang memenangi tambahan RM30,000.

Di samping geran tersebut, para pemenang juga akan diberikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk memulakan perniagaan mereka, daripada fasilitator Shell LiveWIRE Malaysia untuk tiga tahun akan datang dan berpeluang untuk diserap ke dalam rantaian bekalan Shell dan peluang untuk bekerjasama dengan para peruncit Shell.

Di Sarawak, program Shell LiveWIRE bekerjasama dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), yang bukan sahaja menyediakan akses setahun di Perkampungan Digital TEGAS di Kuching dan Hab Inovasi Digital TEGAS di Bintulu dan Miri, malah setiap pemenang juga diberikan wang tambahan RM5,000 lagi sebagai tambahan kepada geran Shell LiveWIRE Sarawak.

Daftarlah sekarang di laman sesawang https://livewire.shell.com.my/.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.744389 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list