CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17843|Reply: 0

[Sarawak] Enam termasuk dua pasangan suami isteri didakwa edar 21.7kg syabu

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Enam individu termasuk dua pasangan suami isteri masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis syabu seberat 21.7 kilogram.
   
Boy Johnny (33) dari Sg. Mapai, Kanowit; Lucia Ajok (35) dari Sg. Bong Tinjar, Baram; Affendy Joanis Mat (28) dari Sg.Ranan, Kanowit; Robert Ngabong (38) dari Sg. Ngemah, Kanowit; Tok Ayom (50) dari Tanjung Batu, Bintulu dan Dayang, 28, dari Jalan Dato Permaisuri di sini telah didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang daripada 12 kali.
   
Berdasarkan pertuduhan kes, keenam-enam tertuduh telah didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine (syabu) seberat 21,700 gram.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.40 pagi, 17 Mac lalu di sebuah rumah bernombor S/L 7556-26PHS 13, Blok Kapas Taman Ceria, Bandar Baru Permyjaya di sini.
   
Semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, semua tertuduh mengangguk faham.
   
Walau bagaimanapun, tiada pengakuan salah keenam-enam tertuduh direkodkan.
   
Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes siap.
   
Majistret Randu Rangen membenarkan permohonan itu dan menetapkan 26 April depan sebagai tarikh sebutan lanjut kes.
   
Manakala keenam-enam tertuduh yang tidak boleh dibebas dengan jaminan diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah sementara menunggu tarikh tersebut.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/enam-termasuk-dua-pasangan-suami-isteri-didakwa-edar-217kg-syabu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.471670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list