CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17774|Reply: 0

[Sarawak] Pecah rumah dan curi, lelaki dipenjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan pecah rumah dan curi gajet di sebuah pejabat syarikat pembinaan.

Hew Yew Tung, 45, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama dibacakan terhadapnya.

Hew bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas melakukan kesalahan itu di pejabat sebuah syarikat pembinaan di Jalan Stutong Baru di sini sekitar jam 7.06 pagi pada 3 Mac 2024.

Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja yang tiba di pejabat mendapati lampu dan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan selepas diperiksa mendapati pintu di bahagian belakang pejabat telah dipecahkan dan beberapa barang hilang.

Antara barangan yang hilang ialah empat unit komputer serta perkakasnya.

Anggaran kerugian ialah RM10,000.

Laporan polis telah difailkan oleh pekerja itu yang membawa kepada penahanan Hew pada 8 Mac.

Siasatan mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas memaparkan Hew yang telah memecah masuk pejabat dan mencuri barang-barang dari premis itu.

Difahamkan, Hew turut mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah, curi dan penyalahgunaan dadah.

Di mahkamah sama, Hew turut dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana secara tidak jujur ​​menyimpan apron yang dicuri milik sebuah kedai makan di Gala City di sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes didakwa oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala Hew tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057467 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list