CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15732|Reply: 0

[Sarawak] Samun berkumpulan guna pedang, lelaki dipenjara enam tahun dan tiga sebatan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode


Polis mengiringi Khairul (dua kiri) selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki kerana melakukan samun berkumpulan di sebuah hotel dengan menggunakan pedang dua tahun lalu.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Akmal Sueib, 38, selepas dia mengaku bersalah terhadap Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Khairul dan seorang lagi lelaki yang masih bebas melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini pada jam 2.23 pagi 21 November 2022.

Berdasarkan fakta kes, seorang wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Taman Kenyalang telah didatangi dua lelaki yang kemudian mengugutnya dengan mengacukan pedang ke arahnya, sambil meminta wang dan telefon bimbit.

Oleh kerana bimbang akan keselamatannya, wanita terbabit menyerahkan wang tunai RM394 dan telefon bimbit kepada mereka dan seterusnya membuat laporan polis selepas mereka beredar.

Khairul kemudiannya ditahan polis pada 26 November 2022.

Siasatan mendapati Khairul dan seorang lagi lelaki yang masih bebas melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan pedang.

Kejadian itu turut dirakam oleh kamera keselamatan di hotel berkenaan dan pengecaman Khairul yang dilakukan oleh penyambut tetamu juga positif.

Pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri, manakala Khairul diwakili peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.095565 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list