CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14541|Reply: 0

[Sarawak] Tanaman cili dan ternakan kelulut menguntungkan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Mampu beri pulangan baik, tidak perlu tenaga yang banyak, tidak perlu tanah yang luas



Sikie melawat tapak jualan keropok dabai yang diusahakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian pada pameran dalam program Agricop di Tatau, Bintulu.

TATAU: Tanaman cili dan ternakan kelulut mampu menjana pendapatan lumayan kepada setiap pengusahanya, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, kedua-dua perusahaan itu mampu mendatangkan pulangan baik serta tidak memerlukan tenaga yang banyak termasuk tidak memerlukan tanah yang luas.

"Apa yang penting dalam setiap perusahaan ialah mampu menjana pulangan berlipat ganda dalam masa singkat dan tidak membebankan kudrat dalam mengusahakanya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Agriculture Community Outreach Programme (Agricop) di Rumah Kechendai Kepayang Jaya, Jalan SK Iban Union, Sungai Arip Selangau semalam.

Program dua hari itu dihadiri kira-kira 300 penduduk rumah panjang termasuk penduduk sekitar Sungai Arip.

Dalam ucapannya, Sikie berkata setiap pengusaha tanaman di kawasan sekitar turut dapat meningkatkan hasil pendapatan dengan tanaman kopi selain kelapa sawit.

"Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setiap rumah panjang harus mempunyai biro pembangunan atau ekonomi yang menjadi platform membincangkan pembangunan ekonomi kampung.

"JKKK juga boleh melakukan setiap pekerjaan secara bergotong-royong sekiranya kerja itu berat, semua penduduk harus saling membantu antara satu sama lain bagi meningkatkan pendapatan ekonomi mereka dari semasa ke semasa," jelasnya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan projek kecil luar bandar (MRP) kepada 15 JKKK serta persatuan di kawasan Sungai Arip dengan jumlah keseluruhan sejumlah RM221,000.

Turut diumumkan ialah bantuan geran MRP sejumlah RM10,000 kepada Biro Wanita JKKK Kepayang Jaya.

Sikie turut menyampaikan bantuan insentif melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan kepada seorang penerima sebagai sokongan kepadanya dalam pendidikan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.053472 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list