CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14357|Reply: 0

[Borneo] Insiden bot karam dapat dielak sekiranya aspek penting keselamatan diambil kira

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode


Henry mengulas mengenai insiden bot karam di Kapit dalam Program Bual Bicara ‘Juh Randau’ terbitan UKAS.

KUCHING: Insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit baru-baru ini dapat dielak sekiranya aspek penting keselamatan diambil kira, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep.

Bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban, Henry berkata pematuhan aspek keselamatan sangat penting semasa menaiki atau mengemudikan bot.

Pertama katanya, pastikan bot yang dinaiki selamat, kedua pakai jaket keselamatan dan ketika pastikan pengemudi bot mahir mengendalikan enjin dan bot.

“Insiden ini malang tidak berbau dan setelah berlaku kemalangan baru kita sedar ada perkara yang kita tidak ikut.

“Saya turun padang berjumpa dengan mangsa terselamat (tetapi meninggal selepas itu) dan beliau (mangsa) menceritakan apa yang berlaku dan kenapa berlaku.

“Memang mereka menggunakan kawasan itu lebih 10 kali tetapi pada masa itu pengemudi bot yang membawa mereka cuti sakit dan diganti oleh orang lain,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut pada Program Bual Bicara ‘Juh Randau’ terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam tadi.

Henry turut berkata agensi yang berkaitan sedang menjalankan siatan terperinci berhubung insiden tersebut.

Selepas siasatan selesai katanya, kementerian akan memperhalusi dan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) untuk tingkatkan lagi kesedaran pengguna.

Susulan daripada insiden tersebut, kementerian menurut Henry mungkin akan mempertingkatkan lagi aktiviti rondaan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

Bagaimanapun katanya mengikut SOP, aktiviti rondaan hanya dilakukan sehingga jam 5 petang, justeru beliau menasihati masyarakat supaya tidak menggunakan bot dalam keadaan cuaca gelap kerana boleh membahayakan mereka.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049380 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list