CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14380|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran tanah gambut di Miri berkurangan hasil pemantauan, pencegahan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode


LEE

MIRI: Kebakaran kawasan tanah gambut yang menyebabkan pencemaran udara dan jerebu di sini telah berkurangan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Bercakap kepada pemberita Lee berkata, ia kesan pemantauan meluas dan langkah pencegahan agensi-agensi yang terlibat untuk mengelak kebakaran merebak.

Lee berkata, pengawasan dan pemantauan dilakukan pada setiap hari, siang dan malam untuk memastikan situasi kebakaran berada di tahap terkawal dan selamat.

“Nampaknya hari ini ada berkurangan. Agensi agensi lain, mereka juga menggunakan air dalam kolam untuk membanjiri kawasan kebakaran.

"Usaha sedang dijalankan,” jelas Lee selepas hadir merasmikan Program Jualan Rahmah di sebuah pasar raya di Riam, hari ini.

Lee berharap dengan kerjasama semua pihak melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan akan mengelak kejadian jerebu yang serius yang pernah melanda Miri pada suatu ketika dulu daripada berulang kembali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, kebakaran tanah gambut telah berlaku selama seminggu melibatkan kawasan Kuala Baram, kawasan belakang Eastwood dan Permyjaya iaitu dalam kawasan DUN Senadin.

Agensi-agensi yang terlibat serta pemilik-pemilik tanah telah diarahkan untuk memadamkan kebakaran yang dipercayai disebabkan cuaca panas berterusan.

Beliau juga telah berbincang dengan Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Jawatankuasa Bencana (Miri) meminta pemilik tanah kawasan Kuala Baram, Senadin, Permyjaya, Eastwood untuk menjaga kawasan mereka yang masih belukar dan belum dimajukan khasnya kawasan tanah gambut.

"Saya telah menerima laporan yang sudah dijalankan.

"NREB telah memantau menggunakan dron dan memberi amaran kepada mereka (agar) jangan membakar khasnya (pada) musim kemarau ini,” jelas Lee.

Penggunaan dron membolehkan pemantauan di kawasan yang lebih meluas dan jauh.

Alat itu juga dipasang dengan pembesar suara dan kamera untuk merakam gambar aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka.

“Dengan dron kita boleh mengambil gambar, memberi amaran kepada semua supaya ini (kebakaran) tidak berlaku.

"Siasatan juga dijalankan di kawasan di mana kebakaran berlaku.

"Kita akan buat pemantauan siang malam. Pada waktu malam kita akan buat pemantauan guna dron,” jelas Lee.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.189343 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list