CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14506|Reply: 0

[Sarawak] Pengangkutan sungai, laut tetap relevan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:04 PM | Show all posts |Read mode
  • Kedua-duanya tidak akan terbenam meskipun adanya infrastruktur jambatan dan jalan raya sebagai penghubung rakyat



Henry bercakap pada Program Bual Bicara ‘Juh Randau’ terbitan UKAS.

Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Peranan pengangkutan sungai dan laut tidak akan terbenam meskipun adanya infrastruktur jambatan dan jalan raya sebagai penghubung rakyat.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata, di negara maju pengangkutan sungai dan laut masih penting untuk penghantaran muatan susulan pertambahan penduduk.

“Jambatan dan jalan raya dibina untuk mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar, namun pengangkutan sungai dan laut akan tetap diperlukan bagi tujuan pengangkutan.

“Saya bagi contoh kalau kita laksana projek di tempat yang jauh seperti Kapit, kalau kita mahu hantar 4,000 tan metrik batu, pasir, simen dan sebagainya memerlukan banyak lori.

“Tetapi kalau kita guna tongkang, boleh dihantar sekali 4,000 tan metrik. Itulah kelebihannya pengangkutan sungai atau laut, boleh menjimatkan kos dan tidak merosakkan jalan raya dengan lori lebih muatan,” katanya pada Program Bual Bicara ‘Juh Randau’ terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam tadi.

Terdahulu Henry berkata pengangkutan sungai dan laut memainkan peranan yang penting kepada rakyat di negeri ini sebelum wujudnya jaringan sistem jalan raya lagi.

Sarawak katanya, mempunyai 36 sungai yang telah diwartakan dengan kepanjangan 5,000 kilometer (km) dan 3,500km adalah sungai yang boleh diguna untuk sistem pengangkutan.

Dari segi aspek keselamatan, kementerian menurut Henry mempunyai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang ditugaskan untuk mengadakan program turun padang ke kawasan yang ada menggunakan pengangkutan sungai.

LSS katanya, juga mengadakan pemeriksaan secara berkala ke atas jeti serta operator bot bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Selain daripada itu setiap bot atau kapal yang berdaftar mempunyai sistem pemantauan.

“Ini satu sistem untuk memudahkan kita mengesan pergerakan bot atau kapal bagi memastikan keselamatan pengguna dan pengendali bot atau kapal,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.058699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list