CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14567|Reply: 0

[Sarawak] Fun Cat Show 2024 dijadualkan berlangsung pada 25 Mei

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Oh Hara and Company sekali lagi menganjurkan Fun Cat Show 2024 yang dijadualkan berlangsung di Boulevard Miri pada 25 Mei akan datang.

Jurucakap penganjur berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 60 penyertaan dalam lima kategori dipertandingkan.

Antara kategori dipertandingkan ialah Anak Kucing Bulu Pendek, Anak Kucing Bulu Panjang, Kucing Dewasa Bulu Pendek, Kucing Dewasa Bulu Panjang dan Kucing Kampung (kucing tempatan).

"Umur bagi kucing kategori Kucing Dewasa Bulu Panjang dan Kucing Dewasa Bulu Pendek adalah 10 bulan ke atas manakala Anak Kucing Bulu Pendek dan Anak Kucing Bulu Panjang mesti empat bulan hingga sembilan bulan.

"Selain pertunjukan kucing pelbagai spesies, pada masa sama kami mengadakan pertunjukan arnab," katanya.

Yuran penyertaan bagi seekor kucing setiap kategori hanya RM60. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mei.

Pemenang setiap kategori akan menerima pelbagai hadiah menarik termasuk barangan makanan kucing.

Pemilik kucing ingin mendaftarkan kucing mereka untuk pertandingan itu boleh mendaftar bermula dari sekarang hingga mencapai kuota 60 penyertaan.
Hubungi talian 013-8338181 (Ohara) untuk pertanyaan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.154778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list