CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13947|Reply: 0

[Sarawak] Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu mudahkan pengurusan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:59 PM | Show all posts |Read mode


Pang (tengah) bersama ahli-ahli KRT pada Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 di Bintulu semalam.

BINTULU: Pengambilalihan status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri memudahkan pengurusannya di bawah Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, beliau gembira dengan perkhabaran memorandum persefahaman (MoU) penukaran status itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof di Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

"Ini satu lagi sejarah kita mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk negeri Sarawak.

“Sudah tentu senang untuk kita menguruskannya di bawah Kerajaan Sarawak di kawasan perairan laut sendiri," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 di sini petang semalam.

Pang berkata, beliau berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan banyak hak Sarawak dapat dikembalikan kepada negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menjawab soalan, beliau menjelaskan seperti diketahui Bintulu adalah bandar cepat membangun dan banyak pelabur datang melabur di Bintulu antaranya dalam loji metanol, ammonia.

"Premier Abang Johari sering mengumumkan pelaburan berbilion masuk ke kawasan ini termasuk gas manis dan gas masam.

"Ini dilihat amat baik memandangkan bandar ini banyak potensim jadi penduduk tempatan wajar berbangga, perlu menunjukkan bukan sahaja kepada rakyat malah di peringkat antarabangsa Sarawak bergerak maju ke hadapan," jelasnya.

Katanya, lebih-lebih lagi keadaan dunia sekarang menghadapi kemelesetan ekonomi namun kita cuba membangun sumber yang ada untuk keperluan seluruh dunia.

Pada 22 Mac lalu, Majlis Menandatangani MoU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri diadakan di Kuala Lumpur.

Utusan Borneo melaporkan proses penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri dijangka diselesaikan tahun ini dan keseluruhan operasinya diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sarawak menjelang 2025.

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata meskipun MoU penukaran status itu diadakan kelmarin namun ada beberapa proses masih perlu dilaksanakan.

"Selepas ini ada beberapa proses lagi perlu dilaksanakan. Pertamanya, kita kena bawa ke Parlimen memansuhkan Akta Pelabuhan Bintulu kerana Pelabuhan Bintulu ditubuhkan di bawah satu Akta Parlimen 1981, jadi akta itu perlu dimansuhkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak.

"Kedua, Akta Pelabuhan Bintulu juga dipanjangkan ke Pelabuhan Labuan namun Pelabuhan Labuan masih kekal sebagai pelabuhan persekutuan, maka Pelabuhan Labuan dikeluarkan dari Akta Pelabuhan Bintulu dan dimasukkan sebagai pelabuhan persekutuan di bawah Akta Pelabuhan Persekutuan.

"Kita yakin segala proses dapat diselesai dan dimuktamadkan tahun ini. Menjelang 2025, saya yakin keseluruhan operasi diserahkan serta dilaksanakan oleh pihak berkuasa Sarawak sendiri untuk Pelabuhan Bintulu," jelasnya.

MoU itu menyaksikan kerajaan persekutuan diwakili Loke manakala Sarawak diwakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051409 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list