CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13685|Reply: 0

[Sarawak] Pemimpin masyarakat harus berfikiran terbuka, sedia terima pandangan anak buah

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:57 PM | Show all posts |Read mode


Mong menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Jiram (dua kiri), Riji (kanan, belakang Mong) serta yang lain semasa menghadiri program tersebut.

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat di daerah ini harus berfikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima pandangan anak-anak buah mereka, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Menurutnya, pemimpin masyarakat tidak semestinya menggunakan idea sendiri pada setiap masa sebaliknya mereka perlu mendengar pandangan atau buah fikiran disuarakan anak-anak buah mereka.

"Ini bukan bermakna idea pemimpin masyarakat tidak penting atau tidak berguna. Pandangan anak-anak buah mungkin boleh memperluas sesuatu skop perbincangan atau meningkatkan keberkesanan pelaksanaan sesuatu perkara.

"Pemimpin bijaksana ialah sanggup mendengar buah fikiran orang lain. Usah terlalu berkeras menggunakan idea sendiri kerana permuafakatan adalah teras kejayaan sesebuah organisasi," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Angellin, Kampung Ridan Baru, Melugu di sini.

Menurutnya, sekiranya pemimpin masyarakat mengamalkan sikap keterbukaan nescaya institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung di daerah ini terus mantap.

"Oleh itu, kita berharap ketua-ketua masyarakat seperti pemimpin JKKK menghindari sikap mementingkan diri sendiri," jelasnya.

Hadir sama Setiausaha Sulit Mong Whelthon Lumpoi, Penghulu Jiram Sampek, Penghulu Riji Gu serta ketua-ketua masyarakat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list