CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13588|Reply: 0

[Sarawak] Pelabuhan Bintulu berpotensi jadi pelabuhan pemindahan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan sedang kaji cadangan bina landasan kereta api hubungkan Pelabuhan Bintulu ke Nusantara: Dr Sim



Dr Sim berucap semasa majlis penyerahan cek peruntukan di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan sedang mengkaji cadangan membina landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Bintulu ke ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut Dr Sim, Pelabuhan Bintulu mempunyai potensi untuk menjadi pelabuhan pemindahan seperti Pelabuhan Singapura.

Malah katanya, Pelabuhan Bintulu terletak di lokasi strategik di Pulau Borneo yang boleh memudahkan pergerakan barangan dari Sarawak ke Indonesia dengan jarak perjalanan yang lebih singkat berbanding laluan perkapalan.

“Sebab kita kerajaan mengkaji pembinaan landasan kereta api, sebabnya dari Pelabuhan Bintulu ke ibu negara baharu Indonesia, Nusantara hanya beberapa ratus kilometer.

“Dengan kereta api berkelajuan tinggi dari China perjalanan dari Pelabuhan Bintulu ke ibu negara baharu Indonesia hanya tiga jam berbanding dua hari menggunakan kapal.
“Jadi mana satu anda rasa orang mahu, dua hari dengan kapal atau tiga jam (dengan kereta api berkelajuan tinggi),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan cek peruntukan kepada 45 persatuan, pertubuhan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP di sini hari ini.

Ujar Dr Sim lagi, inilah sebabnya mengapa Kerajaan Sarawak mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan persekutuan, melihat kepada potensinya untuk menyumbang kepada pendapatan negeri.

Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu juga salah satu usaha kerajaan yang mana kini dalam fasa pembinaan negara untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.

Selain Pelabuhan Bintulu, kerajaan menurut Dr Sim tahun ini akan mengambil alih MASwings dan Affin Bank.

“Sebab itu kita sangat yakin Sarawak mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM282 bilion pada 2030.

“Kita juga akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak pada tahun 2026,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054566 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list