CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13285|Reply: 0

[Sarawak] Perpaduan dan semangat setia kawan antara kaum perlu dikekalkan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode


Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada penerima semalam.

BETONG: Amalan perpaduan dan semangat setia kawan yang kukuh antara kaum yang sekian lama dipupuk dalam kalangan masyarakat di Betong harus menjadi amalan sampai bila-bila.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, keakraban dan ukhuwah yang dipupuk sejak dahulu menjadikan masyarakat hidup dalam harmoni.

"Kita semua umpama satu keluarga, cubit paha kanan, paha kiri turut terasa. Begitulah kita yang hidup dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Perpaduan ini harus kita kekalkan agar kita dapat saling membantu satu sama lain dan bersatu hati demi mempertahankan keharmonian yang telah wujud untuk selamanya.

"Kita mahu keharmonian dan semangat setia kawan yang kukuh ini menjadi amalan dan tidak mahu dipecahbelahkan oleh apa jua unsur negatif yang boleh merosakkan perpaduan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Pertubuhan Meninggikan Akhlak Cze Zhong Khor Betong di SJK Chung Hua Betong, semalam.

ADUN Layar itu menambah, pertubuhan ini banyak membantu masyarakat dengan tidak mengira kaum dan agama yang ada di sini menjadikan ia sangat aktif dan kuat.

"Tahniah kepada semua ahli pertubuhan ini yang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat di sini tanpa mengira status kaum dan agama.

"Tidak terkecuali setiap perayaan yang disambut ketiga-tiga kaum yang ada di Betong ini akan ada sahaja bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan dan dipilih daripada kalangan penduduk yang layak.

"Kalau sambutan Tahun Baharu Cina, mereka memberi bantuan kepada masyarakat Cina begitu juga sambutan Hari Gawai akan ada juga bantuan untuk kaum Iban dan tidak terkecuali untuk masyarakat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Pada hari ini kita menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan daripada masyarakat Melayu di sini untuk sambutan Hari Raya yang akan disambut dalam tempoh dua minggu yang akan datang.

"Sekurang-kurangnya dengan bantuan yang dihulurkan dapat menambah keperluan dan meringankan tanggungan mereka," ujarnya.

Seramai 60 penerima daripada golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal telah menerima bantuan berupa air minuman berkarbonat dan wang tunai pada program tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, Presiden Cze Zhong Khor Chan Chu Chu, Kaunselor Horace Entoi, Kaunselor Abdul Rahim Jaini dan ketua-ketua kampung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.281588 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list