CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13256|Reply: 0

[Sarawak] Bersama membina Sarawak menjadi negeri maju

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Dr Sim menggesa pertubuhan bukan kerajaan meneruskan kerja baik khidmat komuniti mereka untuk Sarawak



Dr Sim (enam kiri) merakam gambar bersama wakil penerima peruntukan. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meneruskan kerja baik khidmat komuniti mereka untuk Sarawak.

Menurut Dr Sim, Kerajaan Sarawak kini giat membangunkan negeri ini ke arah mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM282 bilion.

“Tempoh enam tahun yang akan datang, sama ada kita berjaya atau gagal mencapai apa yang kita mahukan semuanya terletak pada kita anak-anak Sarawak sendiri.

“Jadi teruskan kerja baik anda dalam konteks pembinaan Sarawak untuk kita mencapai status Sarawak maju menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek peruntukan kepada 45 persatuan, pertubuhan dan NGO di Dewan Saa’ti, Ibu Pejabat SUPP di sini hari ini.

Peruntukan tersebut kata Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah untuk membantu semua persatuan, pertubuhan dan NGO melaksanakan aktiviti mereka.

Selain itu katanya, pemberian peruntukan itu juga sebagai penghargaan atas kerja baik khidmat komuniti mereka untuk negeri Sarawak.

“Jumlah peruntukan yang disampaikan mungkin tidak cukup untuk persatuan tetapi teruskan khidmat komuniti anda untuk Sarawak.

“Ini sangat penting dalam usaha Kerajaan Sarawak ketika ini untuk membina Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya.

Usaha membina Sarawak kata Dr Sim, bukan sahaja tanggungjawab Premier atau Kerajaan Sarawak tetapi usaha bersama seluruh rakyat Sarawak.

Tahun ini katanya, Premier mengambil alih Pelabuhan Bintulu, Affin Bank dan MASwings, semua ini adalah sebahagian daripada usaha membina Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.070267 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list