CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13066|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 20,000 orang sertai Sungkei Perdana di Sibu

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:48 PM | Show all posts |Read mode


Aaron memukul beduk sebagai tanda telah masuk waktu berbuka sambil disaksikan oleh Dr Annuar (dua kiri) dan yang lain.



Kemeriahan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa I satu, semalam sempena Sungkei Perdana yang telah menjadi acara tahunan di Sibu.

SIBU: Kira-kira 20,000 pengunjung dari seluruh pelosok Sarawak menyertai program Sungkei Perdana di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa II, petang semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kehadiran bukan sahaja melibatkan umat Islam sahaja, tetapi juga daripada pelbagai kaum dan agama.

“Ini sangat penting untuk mencerminkan perpaduan kita, bukan sahaja di Sibu tetapi juga di Sarawak. Beginilah cara kita hidup bersama di Sarawak.

“Dan saya rasa aktiviti ini telah dicontohi bukan sahaja oleh bandar berhampiran Sibu malah Kuching juga akan mengadakannya pada minggu hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita.


Orang ramai berbuka ala piknik bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, rumah terbuka Aidilfitri 2024 di sini akan diadakan sama ada pada hari raya keempat atau kelima di Kompleks Islam Sibu.

"Kami mengundang masyarakat bukan Islam untuk mengambil bahagian dalam perayaan itu," katanya.

Beliau juga berkata, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada 13 April.

Sementara itu, majlis berbuka puasa ala piknik secara besar-besaran itu adalah cetusan idea Dr Annuar yang pertama kali dianjurkan pada 2017.


Orang ramai berbuka ala piknik bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ia terus mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian agama di kalangan pelbagai masyarakat di sini.

Program itu turut dimeriahkan dengan pertandingan meriam buluh dan agihan bubur lambuk kepada orang ramai.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Datuk Seri Aaron Ago Dagang serta isteri Datin Seri Rowenna Ping Bungan, Residen Bahagian Sibu Datuk Wong Hee Sieng dan yang lain.


Orang ramai berbuka ala piknik bersama keluarga dan rakan-rakan.



Pertandingan meriam buluh yang turut memeriahkan suasana program Sungkei Perdana di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, petang semalam.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/24/lebih-20000-orang-sertai-sungkei-perdana-di-sibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.079360 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list