CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13114|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Sabah wajar nikmati kemakmuran ekonomi negara

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran. Turut sama Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong (tiga kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan YB Daud Yusof (kiri) dan lain.

KIMANIS: Rakyat di Sabah wajar diberikan peluang untuk menikmati kemakmuran ekonomi negara ini.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pembangunan di Sabah perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi manfaat rakyat.

"Selain itu, peruntukan yang disalurkan ke negeri ini perlu seimbang. Ini bagi membolehkan pembangunan dan kemajuan dicapai dapat dirasai oleh rakyat Malaysia di Sabah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran dan Golongan Asnaf di Kampung Laut Bongawan di sini, hari ini.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu berkata, WARISAN hadir ke kampung itu bukan sekadar untuk berbuka puasa tetapi juga menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran dan golongan asnaf.

Katanya, bantuan berkenaan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka dalam bulan Ramadan ini.

Menurutnya, baru-baru ini sebanyak 25 Ketua Isi Keluarga (KIR) yang terlibat dalam bencana kebakaran di sini.

Katanya, jumlah itu melibatkan sejumlah 97 isi keluarga. Oleh itu, bantuan diberikan dalam bentuk  kewangan dan bahan makanan.

"Inilah usaha yang kita sedang lakukan kepada rakyat Sabah...bukan saja dengan bantuan yang ada tetapi juga kita suarakan perkara seumpamanya di Parlimen," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049389 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list