CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12980|Reply: 0

[Sabah] Dua maut, lima parah, kemalangan di Apin-Apin Keningau

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Anggota bomba membantu mangsa yang cedera parah dalam kemalangan terbabit. Gambar ihsan PGO JBPM Negeri Sabah

KENINGAU: Dua maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaaan di Jalan Apin-Apin di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa yang maut melibatkan seorang lelaki berumur 45 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak lelaki terbabit yang berumur 4 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 2 hingga 45 tahun.

"Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah malam.

"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan dinaiki oleh tujuh sekeluarga dan sebuah kenderaan lagi dinaiki tiga individu.

"Terdapat tujuh mangsa iaitu dua dewasa dan lima kanak-kanak di dalam kenderaan melibatkan mangsa yang maut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selain mangsa yang maut, lima lagi mangsa dalam kenderaan yang sama mengalami kecederaan parah manakala tiga mangsa dari kenderaan berasingan mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut manakala, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  dan ambulans untuk rawatan selanjutnya.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menjalankan operasi menyelamat dan tamat sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.277996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list