CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13263|Reply: 0

[Sabah] Komitmen KTC harus jadi contoh kepada syarikat korporat lain

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Dexter bersama isteri menyerahkan bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

KOTA KINABALU : Penglibatan syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) sempena Program Amal Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadan menunjukkan komitmennya membantu golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, langkah ini selaras dengan visi dan misi syarikatnya bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi memastikan lebih ramai dapat dibantu di sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, beliau ingin melihat syarikat korporat lain selepas ini tampil bersama-sama turut membantu masyarakat yang memerlukan khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita akan jelajah lagi 17 lokasi berbuka puasa di seluruh negeri ini. Di lokasi lain kita melihat sambutan kepada program ini sangat menggalakkan.


MESRA: Dexter bersama isteri menyampaikan sumbangan di majlis itu.

“Ini merupakan peluang serta ruang bagi syarikat lain terlibat bersama-sama membantu bagi memperluaskan lagi bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada program majlis berbuka puasa si Masjid Nurul Hikmah bukit padang, di sini kelmarin.

Dexter berkata, dalam kesempatan ini juga ruang kepada semua untuk meletakkan ketepi soal fahaman politik sekali gus memberi fokus kepada soal membantu mereka yang memerlukan.

“Saya sangat tersentuh ada kalangan penerima menitiskan air mata ketika menerima bantuan daripada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini akan meringankan beban mereka ketika mengharungi bulan Ramadan serta dalam suasana menyambut hari raya yang bakal tiba,” katanya.


ALBUM: Dexter bersama pelajar tahfiz di majlis program amal berbuka puasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052397 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list