CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13083|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan pandang serius kes pelajar maut dalam asrama

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:41 PM | Show all posts |Read mode


FAIRUZ

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memandang serius kes seorang pelajar lelaki ditemukan maut dalam bilik asrama di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu awal pagi Jumaat.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan berkata, perkara itu amat serius dan kerajaan negeri memandang berat kes keganasan melibatkan pelajar sekolah.

"Insiden ini berlaku dalam asrama kolej dan dilaporkan melibatkan ramai penghuni asrama. Kita meminta pihak polis dan Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

"Perkara seumpama ini dapat dielakkan sekiranya pelajar dan penghuni di asrama mempunyai disiplin dan semangat toleransi yang tinggi.

"Sebarang perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan penghuni asrama hendaklah segera dilaporkan kepada warden asrama.

"Ini penting agar Insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang di masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden seorang pelajar lelaki ditemukan maut dalam bilik asrama, didakwa telah dipukul oleh rakan-rakan dalam sebuah kejadian pada Jumaat.

Mangsa, berumur 17 tahun, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada pukul 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya telah menerima laporan dari pengarah kolej berkaitan.

“Bertindak atas laporan yang diterima, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa kejadian berlaku di asrama lelaki kolej dan hasil pemeriksaan mendapati bahawa terdapat mayat seorang remaja lelaki terbaring di lantai dalam sebuah bilik asrama kolej,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tanda-tanda kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Fairuz berkata, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga perlu memberi perhatian terhadap kes buli secara fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah menengah negeri ini.

"Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan yang melibatkan pelajar sekolah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.204008 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list