CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13192|Reply: 0

[Sabah] Elakkan pembaziran pada setiap masa

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:38 PM | Show all posts |Read mode


LEE

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu bersama-sama mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi setiap masa.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang meminta orang ramai supaya tidak membazir makanan sepanjang Ramadan.

Katanya, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata kajian menunjukkan pembaziran makanan meningkat antara 15 sehingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding purata bulan lain.

Lee berkata, dilaporkan sebanyak 90,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah pada Ramadan tahun lepas. Kenyataan daripada CAP ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

"Bercakap tentang pembaziran, kita harus memberi pertimbangan yang wajar memandangkan pembaziran ialah sesuatu yang harus dielakkan.

"Harapan saya ialah bulan Ramadan dapat menjadikan kita lebih menekankan aspek penjimatan dan tidak membazir memandangkan terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tidak cukup makan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap semua pihak mengambil berat akan isu pembaziran ini dan cuba sebaik mungkin mengelakkan diri dari menyumbang kepada pembuangan makanan pada bulan mulia ini.

"Selain daripada bulan Ramadan, kita juga perlu memastikan bahawa kita tidak melakukan pembaziran pada bila bila masa pun.

"Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak kerajaan, sektor swasta mahupun semua pihak pemegang taruh yang lain harus sebulat tekad untuk tidak membazir dalam melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak perlu.

"Kita harus mengelakkan perkara sebegini dan juga fokus terhadap perkara yang perlu sahaja," katanya.

Menurutnya, usaha itu perlu dilaksanakan dengan lebih baik terutamanya dalam majlis-majlis rasmi yang dianjurkan agar aspek pembaziran dalam majlis dapat dielakkan.

Lee berkata, dalam apa juga majlis setiap perkara yang boleh mengelakkan pembaziran harus diambil. Ini dapat mengekang daripada berlakunya budaya pembaziran.

"Kita semua perlu menanamkan perasaan untuk tidak membazir dalam diri dan sanubari masing-masing.

"Kita perlu mengawal diri dan menerapkan budaya tidak membazir dalam melakukan apa-apa jenis perbelanjaan," katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat mengelak tabiat membazir dalam diri.

"Tabiat mengikis pembaziran ini harus diterapkan dalam sanubari masyarakat bagi melahirkan rakyat yang lebih baik. Dalam hubungan ini kerajaan dapat menjadi teladan yang baik dan boleh menjadi ikutan kepada rakyat semua," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list