CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13259|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat menyambut 'Ching Ming' perlu peka terhadap persekitaran

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode

TINJAU: Chew (tengah) bersama para AJK Tanah Perkuburan Heng Onn Jalan Cecily selepas melakukan tinjauan.

SANDAKAN: Para ahli keluarga yang membakar kertas sembahyang ketika musim 'Ching Ming' dinasihati sentiasa berhati-hati.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, sila pastikan kertas sembahyang yang dibakar itu sudah padam sebelum meninggalkan kawasan perkuburan.

"Kini musim kemarau dan kita semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sila pastikan semua dalam keadaan selamat sebelum balik ke rumah.

"Elakkan juga membakar rumput-rumput yang kering di sekitar masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Chew bersama Pengerusi Tanah Perkuburan Heng Onn Jalan Cecily, David Ong dan para ahli jawatankuasa telah turun padang membuat tinjauan di kawasan perkuburan itu.

"Kami berbincang mengenai persiapan awal sempena acara 'Ching Ming' dan Easter bagi masyarakat Tionghua dan penganut agama Kristian.

"Setiap tahun, saya bersama sukarelawan membantu persatuan ini membersihkan kawasan persekitaran tanah perkuburan itu," katanya.

Katanya, suasana yang kondusif kawasan berkenaan penting bagi memberikan keselesaan kepada para ahli keluarga yang datang pada hari berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.166304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list