CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12756|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan alu-alukan lebih banyak badan korporat bantu golongan memerlukan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:34 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tiga kiri) menerima cenderamata daripada pihak pengurusan Plaza Merdeka pada majlis Pelancaran Hari Raya Plaza Merdeka, hari ini.

KUCHING: Kerajaan mengalu-alukan lebih banyak badan korporat, institusi swasta dan individu tampil membantu dan mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan termasuk kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak amat bermakna kepada mereka yang memerlukan.

“Kerajaan amat berharap lebih banyak badan korporat, institusi swasta dan individu tampil membantu dan terus mengambil berat kepada golongan yang memerlukan.

“Anda boleh terus menawarkan perkhidmatan penting, termasuk program pendidikan, sokongan penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi bagi memastikan setiap kanak-kanak menerima kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya,” katanya berucap pada majlis Pelancaran Hari Raya Plaza Merdeka di sini, hari ini.

Fatimah berharap program seperti itu akan berterusan dan semua pihak berganding tangan dalam program kebajikan sedemikian.

Beliau dalam pada itu berterima kasih atas sumbangan Plaza Merdeka kepada Rumah Kanak-Kanak Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching.

Katanya, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan terdiri daripada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan seperti dinyatakan pada Seksyen 17(1) (a-k) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Beliau memaklumkan setakat ini, rumah kanak-kanak yang terletak di Jalan Kuching-Serian itu mempunyai 71 penghuni yang tinggal tetap dan sementara.

“Objektif rumah kanak-kanak ialah memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat (fizikal, mental dan emosi) di dalam persekitaran yang tenteram dan harmoni.

“Rumah kanak-kanak Kuching merupakan Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan)2016,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, rumah kanak-kanak itu dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 9.83 ekar pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada 16 Mei 2007.

Katanya, ia kemudian diwartakan sebagai Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak pada 9 Oktober 2003 dan kini dikenali sebagai Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching.

Pada majlis itu, pihak pengurusan pusat beli-belah Plaza Merdeka menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama penghuninya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list