CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8442|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak rancang tubuh galeri seni, ambil contoh pendekatan Singapura

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim ketika ditemui pemberita, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mempertingkatkan senario kebudayaannya dengan menubuhkan galeri seni dan pusat kebudayaan yang mengambil contoh pendekatan digunakan oleh Singapura.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia untuk menyokong bakat tempatan khasnya dalam pembangunan Galeri Seni Sarawak.

Sehubungan itu katanya, terdapat ranacangan untuk melawat Singapura untuk melihat bagaimana mereka menguruskan galeri seni mereka.

"Tahun ini (melawat), kalau tak silap Jun atau Julai. Ini bagi menjalankan kajian bagi memahami bukan sahaja cara mereka menguruskan bangunan dan galeri seni tetapi juga aspek operasinya.

"Saya membayangkan kemungkinan untuk mempunyai badan penganjur yang berdedikasi memberi tumpuan kepada pengurusan seni kita," katanya ketika ditemui pemberita semasa pratonton khas di Galeri Hoan, La Promenade Mall di sini, hari ini.

Mengenai bajet yang diperuntukkan untuk pembangunan Galeri Seni Sarawak di bangunan lama Pejabat Percetakan Kerajaan pada tahun 1908, Abdul Karim berkata keputusan masih belum dibuat kerana ia bergantung kepada keadaan bangunan dan tahap pengubahsuaian yang diperlukan.

"Mengenai galeri seni, terdapat sedikit masalah dengan lantai kerana penggerudian saliran mengakibatkan sedikit kerosakan.

"Penyelenggaraan tambahan diperlukan bagi memelihara bangunan warisan ini.

"Bagaimanapun, di sebalik cabaran ini, Sarawak tetap komited untuk menubuhkan pelbagai galeri seni, galeri kraf dan pusat seni persembahan," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.121600 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list