CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8216|Reply: 0

[Sarawak] CUEPACS berharap PM kekalkan tradisi beri bantuan khas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-3-2024 01:32 PM



Adnan (tiga kanan) menyerahkan bubur pedas kepada penerima pada Program Ihya Ramadan dan Agihan Bubur Pedas di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak, hari ini.

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan tradisi pemberian bantuan khas Aidilfitri.

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata, bantuan khas Aidilfitri itu hendaklah diberikan kepada penjawat awam dan pesara dengan segera memandangkan hari perayaan semakin hampir.

Menurutnya, setakat ini kerajaan belum lagi memberi maklum balas berhubung permintaan CUEPACS untuk memberi bantuan berkenaan.

"Terbaharu ialah kerajaan negeri Selangor pada Jumaat mengumumkan sebulan gaji untuk penjawat awam mereka dan negeri lain yang telah menyediakan bonus seperti itu ialah Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak yang menyediakan insentif saraan RM2,000.

"Oleh itu, kita memohon kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekalkan tradisi sebagaimana tahun sebelumnya untuk memberi bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Ihya Ramadan dan Agihan Bubur Pedas di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak di Jalan Bampfylde di sini, hari ini.

Adnan berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan persekutuan supaya kerajaan boleh mempertimbang perkara itu seperti tahun sebelumnya.

"Bagaimanapun sehingga kini, kerajaan belum ada maklum balas mengenai permintaan berkenaan.

"Kami (CUEPACS) yakin YAB Perdana Menteri amat prihatin dalam perkara ini, apatah lagi apabila penjawat awam berbelanja, peniaga juga berharap bantuan yang diberi kepada penjawat awam dan pesara turut melimpah kepada mereka (peniaga)," katanya.

Adnan menambah, CUEPACS dalam surat rasmi itu berharap kerajaan mengambil maklum terhadap permohonan itu.

"Kakitangan awam persekutuan, kita tidak menerima bonus tahun ini tetapi sebaliknya kita diberi bayaran insentif awal sistem saraan sebanyak RM2,000.

"Untuk perayaan Aidilfitri, seperti yang kita tulis dalam surat agar kerajaan pertimbangkan juga dalam bentuk setengah bulan gaji untuk penjawat awam," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048341 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list