CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7897|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran tanah gambut dan hutan meningkat, semua agensi di Miri diarah bertindak

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:30 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba melakukan pemantauan keadaan kejadian kebakaran terbabit.

MIRI: Semua agensi berkaitan di sini diarah bertindak berikutan peningkatan jumlah kebakaran tanah gambut dan hutan di Miri.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kebakaran telah dikesan berlaku di Permyjaya dan kawasan di belakang Eastwood.

“Saya sudah bercakap dengan (Timbalan Premier) Datuk Amar Douglas Uggah Embas beberapa hari lalu dan saya sudah mengarahkan semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri untuk terus memantau kawasan ini siang dan malam,” katanya ketika menghubungi The Borneo Post di sini, petang Sabtu.

Lee berkata, semua pemilik tanah di kawasan terbabit turut diarah untuk menjaga tanah mereka yang belum dibangunkan terutama kawasan yang terdedah kepada kebakaran.

Menurutnya, agensi berkaitan termasuk pemilik tanah boleh memantau kawasan terjejas dengan menerbangkan dron bagi mengenal pasti titik panas dan segera berusaha memadamkan kebakaran.

“Pemilik tanah boleh bekerjasama dengan bomba untuk memadamkan kebakaran di tanah mereka. Mereka harus bertindak sebaik sahaja melihat api dan tidak menunggu api merebak.

“Disebabkan musim kemarau, kita menasihatkan semua orang agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.

“Kita mahu mengelakkan jerebu daripada berulang. Kejadian sebegitu sentiasa menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan terjejas,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik tanah di kawasan terjejas supaya mula mengaktifkan halangan api dan membanjiri tanah mereka bagi mengelakkan kebakaran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.703059 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list