CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7076|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh skim penanaman padi di Opar terima suntikan kewangan RM23 juta

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Billy (dua kanan) bersama penduduk di Paya Endek Siru, Kampung Biawak semasa program Program Je’ Bahanyi pada Jumaat. - Gambar UKAS

LUNDU: Sebanyak tujuh skim penanaman padi di bawah konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar menerima suntikan kewangan daripada pihak kerajaan dengan jumlah sebanyak RM23 juta.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, suntikan kewangan itu bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi mereka dalam usaha menyahut seruan Premier Sarawak menjadikan Sarawak negeri pengeluar padi pada masa akan datang.

“Tujuh skim penanaman padi tersebut ialah Paya Damir, Paya Krangan, Paya Rukam, Paya Siabukng, Paya Jangkar, Paya Sebako dan Paya Nowang,” katanya semasa ditemui media sejurus tamat Program Je’ Bahanyi di Paya Endek Siru, Kampung Biawak pada pagi Jumaat.

Billy berkata, peruntukan itu adalah untuk menambah baik sistem ban, pengairan dan perparitan di skim-skim penanaman padi terbabit dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi dari sekali tuaian setahun kepada dua hingga tiga kali tuaian setahun.

“Hasil tuaian padi kini dengan tanah seluas tiga hektar mampu menghasilkan empat tan maksimum beras setahun dan melalui usaha ini, ia dapat digandakan kepada lapan tan setahun untuk tanah seluas itu,” katanya lagi.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, Pemangku Pegawai Daerah Lundu Zulkipli Morshidi, Pegawai Menguasa Jabatan Pertanian Daerah Lundu Wargo Ikau, Pengerusi Kelab Jejak Warisan dan Khazanah Salako Rara Suimi Kinseng serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.344666 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list