CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6768|Reply: 0

[Sarawak] OKU berkelayakan harus diberi peluang dalam sektor pekerjaan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode


ADZOHARI

KUCHING: Ramai golongan orang kelainan upaya (OKU) berkelayakan dan harus diberi peluang memasuki sektor pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Braille Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) Cawangan Kuching Adzohari Jamil berkata, terdapat 10 peratus daripada ahlinya sedang menunggu peluang tersebut.

"Kita ada OKU yang layak, kenapa tidak diberi peluang. Jika mereka tidak layak... kita boleh menerima hakikat.

"Mereka ini (OKU penglihatan) ada yang merupakan graduan universiti memiliki sarjana dan sarjana muda, lepasan tingkatan enam dan sebagainya.

"Mereka yang baru keluar dari insitusi pengajian tinggi (IPT) juga ada, tetapi tidak diberi peluang untuk mencuba pekerjaan di dalam sektor awam dan swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo pada Program Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Utama (PADU) OKU SSB di sini, pagi tadi.

Adzohari berkata, pihaknya turut menyokong latihan, simulasi atau penetapan perisian aplikasi Akses Desktop Bukan Visual (NVDA) bagi memudahkan golongan OKU penglihatan mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.

"Golongan OKU penglihatan mahu berdikari ibarat perumpamaan ini... jika diberikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Oleh itu, ajarlah dia memancing supaya dia selalu boleh makan ikan.

"Berikan kerja yang mereka boleh buat, maka mereka boleh berdikari dan meneruskan kehidupan tanpa mengganggu sesiapa," katanya.

Adzohari turut menyatakan ketetapan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU tidak memberi banyak peluang kepada OKU penglihatan.

Justeru, beliau meminta kerajaan dan pihak korporat serta swasta agar memberi ketetapan jenis OKU yang diperlukan mereka dan turut memberi peluang kepada OKU penglihatan di seluruh Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.731118 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list