CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6323|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran tanah gambut, hutan di kawasan Adong dikhuatiri merebak

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode


Asap tebal menyelubungi ruang udara akibat daripada kejadian kebakaran tanah gambut dan hutan di kawasan Adong berdekatan Permyjaya pagi pada Sabtu.

MIRI: Kebakaran tanah gambut dan hutan di kawasan Adong di sini yang dipercayai bermula pagi Sabtu dikhuatiri akan merebak ke kawasan lebih luas.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, lokasi kebakaran terbabit adalah di antara kawasan Permyjaya dan sebuah ladang persendirian, iaitu kira-kira tiga kilometer dari Desa Indah 3, Permyjaya.

“Setakat jam 1 petang, dianggarkan seluas 21 hektar kawasan terbakar dan dijangka akan merebak ke kawasan lebih luas.

“Pada masa ini, bomba dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Naim dan Woodman sedang berusaha untuk membuat pemadaman dan pembanjiran di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.


Bomba berusaha memadamkan kebakaran tanah gambut.

Sementara itu, Awangku Mohd Hazmin berkata memandangkan kawasan yang terjejas adalah tanah hak milik kerajaan, pihaknya telah mencadangkan kepada kerajaan agar dapat mengeluarkan bajet untuk membuat halangan api bagi mengelakkan api daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

Terdahulu, kebakaran yang dipecayai bermula jam 10 pagi itu menggemparkan masyarakat setempat apabila asap tebal kelihatan menyelubungi ruang udara di kawasan tersebut.

Justeru, Awangku Mohd Hazmin menasihati orang ramai agar kekal di dalam rumah demi keselamatan dan kesihatan masing-masing.

“Kami menasihatkan bagi yang ada masalah kesihatan, elak daripada melakukan riadah atau joging di luar rumah buat sementara waktu agar tidak mengalami kejadian sesak nafas,” katanya.


Asap tebal menyelubungi ruang udara akibat daripada kejadian kebakaran tanah gambut dan hutan di kawasan Adong berdekatan Permyjaya pagi pada Sabtu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.410656 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list