CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6571|Reply: 0

[Sarawak] Penghuni cemas, pokok tumbang hempap rumah

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba membuat pemantauan dan menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap rumah pengadu.

MIRI: Penghuni sebuah rumah di Jalan Cahaya 3M di sini berdepan detik cemas apabila sebatang pokok tumbang lalu menghempap rumahnya dalam kejadian tengah hari Sabtu.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 12.18 tengah hari.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral diketuai Pegawai Bomba Kanan II Robinson Anyie bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat pokok tumbang dari luar kawasan rumah dan menghempap rumah pengadu.

“Bagaimanapun, kejadian terbabit tidak melibatkan mana-mana mangsa yang cedera dan sebarang kerosakan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut Awangku Mohd Hazmin, pasukan bomba kemudiannya membuat kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu menggunakan gergasi rantai.

“Setelah membuat penilaian dan pemerhatian di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 12.47 tengah hari,” ujarnya.

Terdahulu, pasukan bomba yang sama turut menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar dianggarkan berkeluasan 0.50 ekar berdekatan simpang Jalan Shangrila.

Awangku Mohd Hazmin menambah pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran belukar itu kira-kira jam 11.55 pagi.

“Operasi pemadaman dibuat dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera dan alat pemerap api sehingga api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi terkawal dan benar-benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.075716 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list