CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5906|Reply: 0

[Sarawak] SSB mohon perkhidmatan e-hailing disedia pada kadar lebih berpatutan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:23 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) memohon kerajaan negeri dan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing untuk membantu menyediakan perkhidmatan tersebut pada kadar yang lebih berpatutan.

Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Braille SSB Cawangan Kuching Adzohari Jamil berkata, pihaknya pernah mengutarakan perkara tersebut kepada pihak berkenaan pada 2021.

"Kami pernah memohon kepada kerajaan negeri untuk meminta syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing di sini membantu meringankan beban pengguna OKU penglihatan yang menggunakan khidmat mereka pada 2021.

"Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima sebarang maklumbalas," katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa Program Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Utama (PADU) OKU SSB di sini, hari ini.

Ujar beliau, perkhidmatan e-hailing adalah antara kemudahan yang amat diperlukan oleh golongan OKU penglihatan kerana mereka tidak dapat memandu tetapi perlu menguruskan banyak perkara dalam kehidupan.

"Memang benar ada perkhidmatan bas, tetapi kemudahan itu tidak begitu mesra pengguna bagi OKU penglihatan," tegasnya kepada pemberita.

"Bas akan berhenti-henti di stesen yang OKU penglihatan tidak tahu dalam perjalanan mereka ke tempat yang ditujui, sedangkan menggunakan e-hailing memudahkan perjalanan mereka iaitu dari rumah terus ke tempat yang ditujui.

"Perkhidmatan tersebut juga selamat kerana OKU penglihatan tidak perlu berjalan lagi untuk ke tempat yang hendak ditujui yang juga kadangkala perlu menyeberangi jalan dan ia ternyata tidak selamat buat golongan OKU.

"Kita mahu mereka sangat berdikari, (namun) pengangkutan menyukarkan kehidupan OKU. Justeru, e-hailing dilihat sebagai alternatif yang mudah dan selamat. Kita mahu setiap insan diintegrasi di dalam masyarakat," tegas beliau.

Sekiranya perkara tersebut berlarutan katanya, maka golongan tersebut dikhuatiri akan mengalami keresahan, tekanan mental dan kemurungan yang mana ia perlu diatasi lebih awal.

Bahkan, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan tambang murah bersubsidi atau syarikat e-hailing melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi membantu golongan tersebut.

SSB Cawangan Kuching menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan Malaysia bagi membantu golongan sasaran terutama golongan OKU yang amat memerlukan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051943 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list