CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5656|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan terus berusaha untuk miliki pusat kanser sendiri

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:22 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak terus berusaha untuk memiliki pusat kanser sendiri bagi memenuhi keperluan pesakit kanser di negeri ini yang menelan kos mahal bagi rawatan.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kanser merupakan penyakit kedua terbesar di Sarawak selepas jantung.

“Itulah sebabnya saya akan cuba sedaya upaya untuk kita memiliki Pusat Kanser Sarawak kerana keperluan pesakit kanser kita di Sarawak tidak pernah diragui.

“Rawatan kanser sangat mahal terutamanya dengan imunoterapi sasaran baharu. Jangkakan banyak penemuan terapi genomik baharu dengan Kecerdasan buatan (AI) dan penjujukan genetik dalam 10 tahun akan datang,” katanya menerusi catatan Facebooknya hari ini.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, satu jenis terapi ubat untuk kanser payudara peringkat 4 berharga RM30,000 sebulan.
Jelasnya kebanyakan orang mungkin sukar untuk membayar RM30,000 sendiri untuk bulan pertama.

“Bagaimanapaun untungnya pada masa ini, kita mempunyai pakar kanser yang baik Hospital Umum Sarawak (HUS). Kita cuma perlu ada kemudahan (peralatan),” katanya.

Mengimbau mengenai perjalanan memiliki pusat kanser, Dr Sim berkata ia bermula ketika Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri di mana beliau telah bersetuju mengenainya.

Namun selepas itu kerajaan bertukar dan beliau (Dr Sim) sekali lagi memohon perkara berkenaan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi maklum balas, kerajaan tidak ada peruntukan kewangan.

“Menyedari perkara itu Premier (Sarawak) kita menawarkan untuk menggunakan pembiayaan Sarawak terlebih dahulu. Bagaimanapun kerajaan bertukar lagi di mana di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, yang mana Abang Jo menyokong penuh kerajaan beliau.

“Perdana Menteri Ismail Sabri berkata, beliau akan membentangkan perkara itu di Parlimen. Malangnya kerajaan bertukar lagi,” katanya.

Sehingga ke Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Dr Sim, sekali lagi Abang Johari dan beliau mendekati perdana menteri.

Katanya selepas beberapa halangan ia akhirnya dibentangkan di Parlimen tahun lepas dan Perdana Menteri memberitahu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau mahu melihat penyiapan Pusat Kanser Sarawak semasa tempoh perkhidmatannya.

Terdahulu, Dr Sim berkata demikian mengulas mengenai laporan berita, Puteri Wales Kate Middleton pada Jumaat, mengumumkan bahawa beliau sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser.

Dalam mesej video yang dirakam di Windsor oleh BBC, Kate mendedahkan beliau didiagnos menghidap kanser selepas menjalani pembedahan abdomen pada Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kita mendoakan Puteri Wales Kate Middleton cepat sembuh dan kekal kuat. Mana-mana keluarga sama ada diraja atau orang biasa berhak mendapat privasi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052604 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list