CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4392|Reply: 0

[Sarawak] Wanita maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan 4WD

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:21 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam longkang akibat dilanggar 4WD dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, pada Jumaat.

KUCHING: Seorang wanita meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Kuching-Serian di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Beky Nyuu, 55, beralamatkan dari Kampung Taee, Serian.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menumpang sebuah kereta sebelum berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) sekitar jam 10.23 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila 4WD yang bergerak lurus di lorong kanan berlanggar dengan kereta dinaiki mangsa yang dipercayai keluar dari simpang lalu terus memasuki laluan 4WD.

"Kenderaan 4WD tersebut tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar kereta dinaiki mangsa menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HUS dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah hari.

"Sementara pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan di beberapa anggota badan," katanya.

Manakala, pemandu dan penumpang kenderaan 4WD dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak polis kini sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052643 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list