CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4127|Reply: 0

[Sarawak] NUBE seru PM, ahli parlimen bantu atasi kesukaran pekerja bank B40, M40

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menyeru Perdana Menteri dan ahli parlimen campur tangan bagi menyelesaikan kesukaran yang dihadapi pekerja bank golongan B40 dan M40 termasuk pembayaran gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan.

Setiausaha Agungnya J Solomon berkata, integriti 15,000 pekerja bank kumpulan B40 dan M40, bersama kira-kira 50,000 ahli keluarga mereka, dicabar oleh bank-bank Malaysia dalam isu pembayaran gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan.

“Dengan 75 peratus ahli kami beragama Islam dan bulan suci Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dibayangi kesedihan.

“Dasar tidak adil bank-bank mewah dan berkuasa menafikan pekerja B40 dan M40 hak perayaan mereka yang sah selepas sebulan berpuasa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurut J Solomon, isu pembayaran gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan itu telah diketengahkan di Parlimen pada 14 Mac 2024 oleh Ahli Parlimen Pendang, Jelutong, Kuala Krai dan Sungai Petani yang merayu Menteri Sumber Manusia untuk menangani pertikaian itu.

Katanya, NUBE berterima kasih kepada ahli-ahli parlimen terbabit dan sebagai tindak balas, menteri menyatakan di Parlimen bahawa kedua-dua pihak akan mengadakan mesyuarat perdamaian di Jabatan Perhubungan Perusahaan (IRD).

“Bagaimanapun, tindakan tergesa-gesa pihak bank merujuk perkara itu kepada IRD adalah strategi untuk menangguhkan penyelesaian melalui prosiding mahkamah yang berpanjangan.

“Sekiranya menteri benar-benar komited terhadap kebajikan pekerja, beliau akan sama ada secara langsung mengambil bahagian dalam usaha perdamaian atau memastikan bahawa pertikaian itu diselesaikan dengan sewajarnya oleh pegawai yang berkaitan,” kata beliau.

J Solomon mendakwa pada mesyuarat perdamaian pada 21 Mac, pegawai IRD, termasuk Pengarah Wilayah Persekutuan, pada dasarnya bertindak sebagai 'posmen.'

Beliau berkata, walaupun usaha NUBE untuk membetulkan maklumat mengelirukan bank dengan bukti fakta, pegawai IRD membuat kesimpulan dengan menyatakan mereka akan mengumpulkan maklumat dan merujuk kepada Putrajaya kerana bank terbabit tetap bertegas.

“Kami menyeru Khazanah, Permodalan Nasional Berhad, dan KWSP untuk menasihati bank-bank di bawah bidang kuasa mereka untuk menghentikan tindakan menindas terhadap pekerja.

“Adalah menjadi harapan kami agar Perdana Menteri dan ahli parlimen dapat campur tangan bagi menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh kakitangan bank B40 dan M40,” tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.075405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list