CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat tidak harus takut kemas kini maklumat dalam PADU

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat negeri ini terutamanya golongan B40 diseru untuk tidak takut mengemas kini maklumat mereka dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Senator Abun Sui Anyit berkata, ia bagi mengelakkan rakyat tercicir daripada bantuan kerajaan.

Katanya, merujuk kepada Pekeliling oleh Residen Sri Aman bertarikh 21 Mac 2024, beliau berharap mana-mana rakyat Malaysia terutama di Sarawak tidak berasa takut untuk mengisi PADU.

“Kita tidak mahu kemudian hari apabila rakyat yang layak tidak mendapat bantuan kerajaan tercicir kerana tidak mengemas kini maklumat di dalam PADU.

“Kita tidak bermaksud memaksa atau menggertak.

“Justeru, saya menyeru rakyat Sarawak terutamanya yang dalam golongan B40 tidak takut mengemas kini maklumat anda dalam PADU,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Malah katanya, beliau sendiri sudah mengemas kini maklumat dalam PADU sejak Januari 2024.

Abun berkata, diharapkan mereka yang tidak mendapat bantuan daripada kerajaan persekutuan nanti tidak menyalahkan kerajaan satu hari nanti.

“Justeru saya berpendapat, maklumat saudara saudari tidak akan disalah guna oleh kerajaan tetapi sangat berguna untuk membantu anda kerana jika anda layak menerima bantuan kerajaan menurut maklumat PADU, maka anda pasti mendapatkan bantuan tersebut,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082397 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list