CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3254|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong terima bantuan awal

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:16 PM | Show all posts |Read mode


Edward (dua kanan) mewakili Majang menyampaikan bantuan segera wang tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (tujuh keluarga) mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong, hari ini.

BINTULU: Tujuh keluarga membabitkan 33 mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong menerima bantuan awal berupa kit makanan permulaan (KMP) daripada agensi bantuan, pejabat kerajaan dan wakil rakyat hari ini.

Bantuan tersebut untuk mangsa yang mendiami rumah Lot 217 dan 218 Kampung Sungai Plan Lot Kidurong yang musnah dalam kebakaran pada petang Jumaat.

Mewakili Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu Lt (PA) Walter Kajan berkata, sebanyak 10 set KMP telah diserahkan oleh pegawai APM Bintulu kepada mangsa kebakaran terbabit.

"Manakala sumbangan awal berjumlah RM1,000 diserahkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju Edward Ellie yang mewakili ADUN Samalaju yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Dato Majang Renggi untuk setiap ketua keluarga," ujarnya.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu pula menyerahkan tujuh pek makanan kering serta set keperluan tidur, manakala Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyerahkan lima pek bekalan makanan kepada mangsa.

"Pejabat Daerah Bintulu mencadangkan agar Bantuan Wang Ihsan (BWI) dikemukakan bagi kes kebakaran tersebut," ujarnya dalam lawatan pemantauan ke atas mangsa di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kebakaran terbabit buat masa ini menumpang di rumah keluarga dan kenalan terdekat.

"Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini," jelasnya sambil menambah maklumat mangsa tujuh keluarga tersebut telah dikenal pasti.

Namun katanya, proses pengumpulan maklumat lain masih dijalankan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, Unit Pengurusan Bantuan Bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu dalam kenyataannya berkata, bantuan segera berupa makanan kering dan set kelengkapan tidur telah diserahkan kepada mangsa.

"Bantuan-antuan lain akan disalurkan atau dikreditkan ke akaun bank mangsa setelah siasatan lengkap dijalankan," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052389 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list