CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3188|Reply: 0

[Sarawak] KKDW akan laksana empat projek BALB di Parlimen Julau

[Copy link]
Post time 24-3-2024 09:15 PM | Show all posts |Read mode


LARRY SNG

JULAU: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan empat projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Parlimen Julau.

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh KKDW pada sesi Dewan Rakyat, 20 Mac lalu.

"Kita dimaklumkan bahawa projek BALB kawasan Julau Fasa II kini di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik oleh kementerian dan projek ini nanti bakal memberikan manfaat kepada 2,028 pintu bilik di kawasan Julau dan sekitarnya.

"Projek kedua pula ialah BALB di kawasan Nanga Lasi, Jalan KJD dan ia juga sedang dalam proses reka bentuk awalan dan dijangka akan memberikan manfaat kepada 451 pintu di kawasan berkenaan.

"Projek ketiga pula ialah BALB di kawasan Lemujan, Wak dan Pedanum, Daerah Pakan yang kini sedang dalam peringkat penyediaan terma rujukan dan projek ini nanti bakal memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada 792 pintu di kawasan terbabit," kata Larry kepada media.

Menurut Larry, KKDW kini sedang berusaha untuk membantu mempercepatkan liputan dan merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar.

Katanya, usaha tersebut merangkumi penyambungan paip retikulasi dari paip utama ke rumah-rumah di kawasan luar bandar yang belum mendapat bekalan air bersih dan terawat.

"Bagi projek keempat pula, pihak KKDW memaklumkan akan membina Sistem Alternatif BALB dan projek tersebut sedang di peringkat penyediaan terma rujukan.

"Jika projek ini siap dilaksanakan nanti, ia dijangka akan memberikan manfaat kepada 417 pintu dari daerah Julau, Pakan dan juga Sarikei.

"Sehubungan itu, kita berharap projek ini nanti dapat berjalan dengan lancar dan dilaksanakan dengan segera agar rakyat di kawasan ini dapat menikmati BALB dan mengatasi masalah bekalan air bersih di beberapa tempat di Parlimen Julau," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057607 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list