CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4115|Reply: 0

[Sarawak] Anak muda harus bijak bertindak, elak gejala pemusnah masa depan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:21 PM | Show all posts |Read mode


Hiew (sembilan kanan) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian Kempen Kesedaran Dadah, Penipuan Atas Talian dan Jenayah Komersial di SMK Methodist Sibu, hari ini.

SIBU: Anak muda khususnya golongan pelajar diingatkan agar bijak bertindak supaya tidak terjerumus dengan aktiviti tidak sihat dan gejala yang boleh memusnahkan masa depan mereka.

Gabenor Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 Kapitan Ronny Hiew berkata, gejala penyalahgunaan dadah dan jenayah siber misalnya, menjadi ancaman yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

"Sebab itu, kami (Lions) berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak polis dan sekolah dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap dadah, penipuan komersial dan penipuan melibatkan pelajar, generasi muda dan orang ramai," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Dadah, Penipuan Dalam Talian dan Jenayah Komersial di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu di sini, hari ini.

Hiew berkata, penyalahgunaan dadah boleh memusnahkan kehidupan anak muda dan meletakkan masa depan mereka dalam kegelapan.

Katanya, penyalahgunaan dadah juga menjadikan kehidupan mereka terdedah kepada kemungkinan dicederakan dari segi fizikal, emosi dan mental serta merosakkan kesejahteraan mereka.

"Ramai remaja hari ini berpendapat bahawa tabiat minum, merokok dan juga ketagihan dadah dapat membantu mereka kelihatan hebat di hadapan orang lain.

"Sebaliknya, pengambilan dadah memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental remaja, seperti mula mengalami gangguan mental, penurunan tahap kecerdasan, mengalami penyakit kronik dan kematian mendadak.

"Apabila seseorang itu gagal sepenuhnya menahan godaan dadah, ia menjadi sangat sukar bagi mereka untuk pulih daripada kesannya kecuali di pusat-pusat pemulihan dadah di mana mereka mendapat kehidupan baharu, tetapi melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Selain itu katanya, penipuan kewangan dalam talian, e-dagang, telekomunikasi, e-kewangan, 'love scam' dan penipuan pinjaman juga tidak boleh dipandang ringan.

"Mereka akan menggunakan banyak kaedah untuk meyakinkan anda atau dengan mengancam anda bahawa anda akan ditangkap oleh polis atau dibawa ke mahkamah.

"Sebaik sahaja anda jatuh ke dalam perangkap, anda akan diminta membayar yuran atau denda, memindahkan wang anda ke akaun bank, memberikan maklumat peribadi seperti butiran pasport anda, tarikh lahir atau maklumat bank," katanya.

Hadir sama, Pegawai Pengerusi Presiden Stella Yii, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu (Sektor Pengurusan Sekolah) Jerome Harry dan yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059114 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list