CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak komited realisasikan inisiatif ekonomi hidrogen

  [Copy link]
Post time 24-3-2024 08:16 PM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland merakamkan kenangan bersama Park Chan Ki (lima kiri) dan Park C.H serta rombongan lain semasa acara CERAWeek 2024 di Houston, Texas pada 19 Mac lalu.

KUCHING: Sarawak terus komited dalam merealisasikan inisiatif ekonomi hidrogennya termasuk membangunkan projek Hidrogen Hijau H2biscus Sarawak (Projek H2biscus) di Bintulu.

Timbalan Menteri Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, projek ini akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri.

“Projek H2biscus mewakili usaha kerjasama antara kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy Sdn Bhd dan rakan kongsi dari Korea Selatan.

“Mereka ini terdiri daripada syarikat gerhasi iaitu  SAMSUNG Engineering, LOTTE, dan Korea National Oil Corporation (KNOC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mesyuarat bersama Ketua Pengarah Biro Dasar Ekonomi Hidrogen di Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga dari Korea Selatan Park Chan Ki di Houstan, Texas pada 19 Mac lalu.

Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada projek H2biscus yang berpotensi menjadi inisiatif perintis pada skala global.

Selain itu, mesyuarat tersebut menyerlahkan semangat kerjasama dan komitmen bersama ke arah memajukan penyelesaian tenaga mampan dan memupuk pertumbuhan ekonomi.

Ia juga menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi hidrogen global.

Terdahulu, Dr Hazland menerima kunjungan hormat daripada Park Chan Ki semasa acara CERAWeek 2024 yang berlangsung di Texas.

Hadir sama, Pejabat Konsulat Agung Republik Korea di Houston Sinae Sung;  Jang Jin Hwan dari KNOC dan Park C.H. mewakili Samsung Engineering.

Sementara delegasi Sarawak dihadiri oleh Robert Hardin dari SEDC Energy Sdn Bhd dan Dato Adrian Ching dari Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059968 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list