CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3581|Reply: 0

[Sarawak] Jaga kebersihan persekitaran rumah elak jadi tempat pembiakan nyamuk aedes

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode


Zaifa (kiri), Hamizan (dua kiri) bersama kakitangan PKB Sri Aman serta Pejabat Daerah Sri Aman mengadakan promosi perangi denggi di Sri Aman.

SRI AMAN: Komunti setempat di sini diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah dan kawasan masing-masing sebagai usaha membendung tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Zaifa Johari berkata, usaha ini amat memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya penduduk kampung mahupun penduduk di kawasan rumah panjang.

“Kita menyeru agar semua pihak termasuk penduduk individu, kampung serta rumah panjang agar sentiasa menitikberatkan aspek kebersihatan rumah masing-masing sebagai usaha mengekang penularan wabak denggi.

“Nyamuk aedes amat mudah membiak di tempat yang kotor seperti di kawasan air yang bertakung, di dalam tin kosong mahupun tayar buruk dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Hebahan Denggi dan Memasang Banner serta Edaran Poster di Jabatan Kerajaan, Agensi dan Rumah Ibadat, baru-baru ini.

Oleh yang demikian, sebagai usaha membendung wabak berkenaan dari terus menular dan merebak, katanya, penduduk kampung perlu kerap melakukan pembersihan kawasan rumah masing-masing setiap hari.

“Luang masa sekurang-kurangnya selama sepuluh minit setiap hari untuk melakukan pembersihan di kawasan luar rumah dengan memotong rumput, membuang tin kosong dan sebagainya sebagai usaha membanteras wabak ini dari terus merebak,” jelasnya.

Tambah Zaifa lagi, berikutan peningkatan kes demam denggi di Sri Aman sejak akhir-akhir ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan dekat dengan wabak ini dengan mengadakan pelbagai promosi serta edaran risalah disekitar Sri Aman.

“Inisiatif tersebut ialah manggadakan intervensi pendidikan ringkas ke rumah panjang serta kampung termasuk menampal risalah berkenaan dengan wabak berkenaan di premis-premis perniagaan,  premis kerajaan serta edaran risalah ke rumah panjang dan kampung di sekitar Sri Aman.

“Usaha yang dilakukan ini, serba sedikit dapat memberikan pendidikan dan kesedaran masyarakat betapa bahayanya nyamuk aedes serta wabak denggi kepada masyarakat setempat,” tegasnya.

Oleh yang demikian katanya, usaha seperti ini juga perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di peringkat kampung mahupun di rumah panjang serta di kawasan-kawasan perumahan.

“Sekiranya kawasan kita bersih maka tidak mudah wabak ini menyerang kita,” Katanya lagi.

Dalam pada itu, Program Hebahan Denggi dan Memasang Banner serta Edaran Poster di Jabatan Kerajaan, Agensi dan Rumah Ibadat ini turut melibatkan beberapa kakitangan dari Pejabat Daerah Sri Aman serta dihadiri oleh Pegawai Tadbir Sarawak, Mohd Hamizan Yahya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.305861 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list