CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3599|Reply: 0

[Sarawak] Tiga rumah di Jalan Lutong-Pujut terbakar, lapan sekeluarga terselamat

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-3-2024 12:13 PM



Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan keseluruhan rumah terbabit.

MIRI: Lapan sekeluarga hilang tempat berteduh apabila tiga buah rumah yang didiami mereka di dalam satu lot di Jalan Lutong-Pujut berhadapan Pujut 9, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran lewat petang pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan terbabit kira-kira jam 6.25 petang.

“PGO JBPM Sarawak kemudiannya mengarahkan balai bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bersama BBP Lutong dengan kekuatan keseluruhan 14 anggota untuk respons ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah dan satu stor minyak struktur jenis tidak kekal satu tingkat keseluruhan berukuran lebih kurang 70 kali 139 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan adalah tiga buah rumah musnah 100 peratus, satu stor minyak musnah 30 peratus dan sebuah bot musnah 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media.

PGO memaklumkan, kesemua penghuni berusia dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian terbabit.

“Bomba kemudiannya menjalankan operasi pemadaman menggunakan 300 kaki tiga nozel dan dua aliran pam air terbuka untuk mengawal dan memadam kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 6.46 petang dari merebak dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api di tempat kejadian,” ujarnya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 8.07 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.160394 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list