CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3950|Reply: 0

[Sarawak] Kereta terbakar selepas terlibat kemalangan di Jambatan Sungai Bakas Subis

[Copy link]
Post time 24-3-2024 07:58 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah kereta yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran selepas terlibat kemalangan.

MIRI: Sebuah kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Jambatan Sungai Bakas Subis, Jalan Miri-Bintulu, dekat sini awal pagi pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan terbabit kira-kira jam 5.27 pagi.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diarahkan untuk respons ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan yang telah terbakar 100 peratus akibat kemalangan.

“Semasa ketibaan pihak bomba didapati api telah padam dengan sendirinya dan tiada melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.

PGO memberitahu, tiada operasi pemadaman dijalankan, bagaimanapun pasukan bomba membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut.

“Setelah didapati keadaan selamat, operasi ditamatkan dan pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list