CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7418|Reply: 0

[Sabah] 101 anak yatim gembira terima baju raya baharu daripada Kainmewah dan Emadira

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Dinie merakamkan gambar kenangan bersama penerima semasa Program Infaq Kasih Ramadan 2024 di sini.



SUMBANGAN: Dinie menyampaikan sumbangan kepada Rahiman.



GEMBIRA: Kanak-kanak teruja semasa memilih baju raya di cawangan Emadira di sini.



EMADIRA: Cawangan Emadira menyediakan pelbagai pilihan baju raya kepada pelanggan.



KOTA KINABALU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 101 anak yatim lebih bermakna apabila menerima baju raya baharu yang disumbangkan pihak Kainmewah dan Emadira menerusi Program Infaq Kasih Ramadan 2024.

Sumbangan baju raya kepada anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim masing-masing Rumah Anak Yatim Nur Taqwa Kota Belud, Rumah Putera Harapan Ranau dan Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud.

Pengarah Urusan Kainmewah dan Emadira Dinie Farid Ibrahim berkata, program yang diadakan setiap tahun bertujuan memberi sumbangan kepada anak yatim, golongan asnaf di rumah anak yatim terpilih.

“Kita menyampaikan sumbangan baju raya baharu iaitu baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi pelajar perempuan yang dipilih sendiri oleh mereka di premis kami di cawangan Kota Kinabalu.

“Turut disumbangkan ialah duit raya, bakul makanan termasuk keperluan asas iaitu beras, gula dan sebagainya kepada setiap pelajar,” katanya semasa ditemui pada Program Infaq Kasih Ramadan 2024 di sini.

Beliau berkata, sumbangan bukan setakat dilaksanakan di Kota Kinabalu semata-mata tetapi turut diadakan di seluruh cawangan syarikat di negeri ini.

“Setakat ini kita sudah memberi sumbangan kepada 12 pertubuhan kebajikan seluruh Sabah termasuk pantai timur Sabah yang memanfaatkan kira-kira 400 hingga 500 penerima.

“Kainmewah dan Emadira juga menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran termasuk di Putatan baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan ekonomi tidak berapa stabil, pihaknya tetap meneruskan sumbangan yang sudah dilaksanakan lebih 20 tahun ini kepada golongan memerlukan.

“Semoga dengan sumbangan ini mampu memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang begitu bermakna kepada kita.

“Saya juga mengalu-alukan badan lain, pohak peniaga serta pertubuhan agar bersama-sama menyumbangkan apa sahaja bentuk pemberian bagi memastikan golongan ini turut merasai kegembiraan Aidilfitri.

“Saya juga harapkan Program Infaq Kasih Ramadan Kainmewah dan Emadira akan diteruskan pada tahun hadapan bagi memberi kegembiraan seterusnya meringankan beban melalui perkongsian rezeki ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima, Nursyahfika Syazila, 17, berkata, dia berterima kasih kepada Kainmewah dan Emadira kerana tidak henti-henti menghulurkan bantuan kepada mereka saban tahun.

“Ini bukan kali pertama saya menerima baju raya baharu daripada Kainmewah dan Emadira kerana tahun lalu saya juga mendapat baju raya baharu menerusi program ini.

“Saya gembira kerana ada pihak yang berkongsi rezeki dengan kami dan saya juga berterima kasih dengan sumbangan ini, saya juga doakan pihak Kainmewah dan Emadira akan diberi rezeki berganda untuk meneruskan kebaikan ini,” katanya.

Bagi Anas Abdullah, 14, ini adalah kali pertama dia dan rakannya di Rumah Putera Harapan Ranau mendapat baju raya baharu daripada Kainmewah dan Emadira.

“Saya sangat gembira dan hari ini saya memilih baju berwarna hitam iaitu warna kegemaran saya untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Akmal Samsuri, 9, juga gembira mendapat baju raya baharu dan berazam untuk meneruskan ibadah berpuasa penuh.

Katanya, dia juga bersemangat memyambut Aidilfitri bersama baju baharunya yang berwarna hijau itu.

Penjaga Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud, Rahiman Lokman berkata, ini adalah kali kedua pihak Kainmewah dan Emadira menawarkan pakaian baharu kepada pertubuhannya itu.

“Kami bersyukur dengan sumbangan yang begitu bererti bagi anak-anak yatim di sini dan seperti kita tahu rumah anak yatim ini adalah satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan berdepan pelbagai kekurangan.

“Dengan adanya sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban kepada anak-anak di sini, saya juga mengalu-alukan pihak lain untuk memberi sumbangan kepada mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067851 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list